Thursday, 28 December 2017

Selamat Tahun Baru 2020

Tahun baru
detik ditunggu
Tahun 2019
dibiar berlalu

Tiba 2020
teruja sangat
Ada usia
syukur sempat

Tahun baru
cabaran berganda
Banyak perkara
belum terdaya

Negara maju
belum kesampaian
Wawasan 2020
tinggal kenangan

Ketirisan
jadi punca
Kerakusan
bawa bencana
Salah orang
boleh dicari
Salah sendiri
sukar akui

Malaysia Baru
bagai mimpi
Banyak isu
perlu tangani

Antara bangsa
masih prasangka
Ekonomi pula
berbeza ketara

Institusi masih
belum perkasa
Kuasa boleh
disalah guna

Burung tekukur
tanding suara
Murai di rimba
dibaham serigala
Orang besar
berebut kuasa
Rakyat jelata
terbiar derita

Burung kenari
berkicau selalu
Raja udang
di tebing hulu
Untuk negara
terus maju
Banyak perubahan
masih perlu

Raikan kesamaan
Ketepikan perbezaan
Kita maju kehadapan
dengan penuh keinsanan

Nukilan drK@KuantumHarapan, versi Dis. 2020

Sunday, 17 December 2017

Majlis Pertunangan Anak Kelima (puisi & pantun)

Pekan Raub di negeri Pahang
Daerah masyhur raja durian
Dari Damansara kami datang
Nak petik bunga di taman tuan

Sepasang merpati sudah berjanji
Burung lain sudah ketepi
Menyampai hajat Putera kami
Meminang Puteri pilihan hati

Adat setempat dijunjung hormat
Dulang hantaran terhias sangat
Kedua pihak menghurai hajat
Bertolak ansur membawa berkat

Cincin sebentuk sebagai tanda
Ikatan pertunangan jadi sempurna
Pihak perempuan setuju terima
Pihak lelaki syukur dan gembira

Cincin disarung bakal mertua
Keluarga gembira foto bersama
Lepas makan masa dah tiba
Janji dibawa pulang bersama

Nukilan drK @ KuantumHarapan, Dis 2017

Friday, 8 December 2017

Membujur Lalu, Melintang Patah? (pantun pra PRU)

Murai berkicau pipit mencelah
Kerbau meredah sawah musnah
Ucapan berbisa tersangat petah
Membujur lalu, melintang patah

Kerbau amuk tiung melayang
Pipit tersekat terbang dekat
Hadirin bersorak dalam sidang
Tapi lemah membela rakyat

Kerbau meredah sawah musnah
Titian patah menyeberang susah
Hadirat cantik nampak bergetah
Tapi lemah menghalang rasuah

Kerbau tertahan pagar berduri
Jangan pagar yang makan padi
Rakyat mahu mereka dilindungi
Yang lemah dibela parti dipuji

Di sawah luas kerbau beraja
Tiung setia entah ke mana
Bila sudah lama berkuasa
Kekayaan jadi lebih utama

Kerbau goncang sarang tebuan
Tiung disengat tanpa kasihan
Bila sibuk pertahan kedudukan
Susah rakyat mula diabaikan

Titian patah rosaknya sangat
Tiang goyang cepat diikat
Orang melintang kena dipecat
Orang membujur segala dapat

Buaya di sungai jangan tersalah
Lembu seekor dibaham mudah
Amalan rasuah menjadi parah
Bangkit rakyat membawa padah

Bagai hikayat Melayu Melaka
Jebat ditewas Tuah yang tua
Tiada ucapan melintang patah
Titian roboh semua terngadah

Sabda Nabi (s.a.w.):
“Sesungguhnya ia (kuasa) adalah amanah.
Dan pada hari kiamat ia merupakan kehinaan
dan penyesalan, kecuali bagi yang mengambil
-nya sesuai dengan haknya dan melaksanakan
apa yang menjadi tuntutannya”.
(Hadis riwayat Muslim).

Nukilan drK@ KuantumHarapan, versi Jun 2018

Wednesday, 22 November 2017

Siapa Baginda? (puisi sempena Maulidur Rasul)

Siapa Baginda?
Ditakdirkan dia
tidak menulis
atau membaca
tetapi hatinya celik
dan tidak buta

Siapa Baginda?
Kepada dia
diwahyukan
Al-Quran
kitab panduan
akhir zaman

Baginda menyeru
Allah Maha Esa
jangan disekutu
Tuhan Yang Satu

Baginda sampaikan
risalah universal
Sistem kehidupan
manfaat global

Baginda mengajar
aturan hidup
Keadilan ditegak
Kedzaliman dibentak
Baginda mengingat
kesudahan akhirat

Siapa Baginda?
Akhlaknya tinggi
lagi mulia
Peribadinya sempurna
lagi luar biasa

Siapa Baginda?
Baginda
berintegriti tinggi
Tidak pentingkan diri
Bela yang lemah
Lindungi minoriti

Baginda
tidak pernah hina
mana-mana bangsa
Islam bukan
agama perkauman
Hanya takwa
jadi ukuran

Siapa Baginda?
Baginda dihormat
tokoh Timur dan Barat
Baginda
paling berpengaruh
kata Michael Hart

Siapa Baginda?
Muhammad (s.a.w)
nama diberi
Baginda menyampai
perintah Tuhan
mendiri ketauhidan
menyubur keinsanan

Siapa Baginda?
Baginda Ar-Rasul
akhir zaman
Kesinambungan
rasul-rasul Tuhan

Baginda Muhammad (s.a.w.)
amat kita sayangi
dan kita sanjungi
Kehidupan Baginda
sumber inspirasi

Dipuisikan oleh drK@ KuantumHarapan, versi November 2019

Ibn Hajar al-Asqalani ketika ditanya tentang hukum perayaan Maulid al-Rasul menjawab: “Asal dalam amalan sambutan peringatan Maulid adalah bid’ah yang tidak diriwayatkan dari ulama Salaf al-Soleh. Akan tetapi Maulid tersebut mengandungi banyak kebaikannya. Maka barangsiapa yang berusaha meraih kebaikan dalam Maulid dan menjauhi yang buruk, maka termasuk bid’ah yang baik (hasanah). Jika tidak, maka tidak disebut bid’ah hasanah.”(Al-Haawi Lil Fataawa oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti)

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul

Friday, 10 November 2017

Menghargai Larangan Al-Quran (puisi)

Seorang mukmin akan berusaha
mematuhi perintah Allah (swt) dengan rela
sama ada terdapat sebab jelas atau sebaliknya
kerana perintah Tuhan mesti dipatuhi semua

Namun, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
PengetahuanNya melebihi jangkauan manusia
Allah (swt) melarang sesuatu pasti ada sebabnya
Terpulang kepada kita untuk mencari hikmahnya

Sedangkan Al-Quran ada menyatakan
bahwa apa yang disuruh adalah At-Tayyibaat (baik)
bahwa apa yang dilarang adalah Al-Khabaaith (buruk) (Quran 7: 157)

Oleh itu larangan Allah bertujuan melindungi kita
Mengambil yang buruk tidak dibenarkan-Nya
kerana boleh membahayakan kesihatan
atau pun menyebabkan kematian

Timbul keinginanku mendalami sebab2 larangan al-Quran
Terutama bila ia dapat dikaitkan dengan fakta penyelidikan
Sains selalu meyakinkanku tentang Tuhan
Yang ilmu dan kebijaksanaan-Nya tiada tandingan

Bagi pengharaman minum arak
Ku mendapati alasan larangannya banyak
Meminumnya jelas berbahaya bukan main
Mabuk membahayakan diri dan orang lain

Al-Quran menyatakan bahawa "Mereka
bertanya kepadamu mengenai arak dan
perjudian (Wahai Nabi): Di dalam keduanya
ada dosa besar dan sebagian manfaat untuk
manusia, tetapi dosa lebih besar daripada
manfaat ... "(2: 219)

Justeru, lapuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengejutkan
Setiap tahun alkohol mengakibatkan 3.3 juta kematian
Bagi umur 20-39, alkohol menyumbang 25% kematian tahunan
Jelas arak membawa bencana dan kerugian

Sebaliknya, bagi larangan makan daging babi
Bagiku, sebabnya tidak diperinci
apakah bahaya yang datang darinya?
Bukankah babi dimakan secara meluas di dunia?

Perintah larangan daging babi mengikut al-Quran: "Dia hanya mengharamkan kamu
binatang yang mati, darah, dan daging babi.."  (al-Quran 2: 173)

Bagiku, sebab larangan tidak jelas dan nyata,
Mungkinkah larangannya untuk keselamatan juga?
Apa yang menjadi sebab di sebalik pengharaman?
Adakah larangannya juga satu bentuk pencegahan?

Al-Quran menyatakan:
Katakanlah (wahai Nabi): "Aku tidak dapati
dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku,
sesuatu yang diharamkan bagi orang yang
hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau
daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah
kotor - ...... "(Quran 6: 145)

Walaupun Al-Quran tidak memberi sebab terperinci
akan jenis bahaya dari daging babi
tetapi Al-Quran menegaskan bahawa daging babi tidak suci
Justeruku merujuk kepada sains untuk lebih mengetahui

Akhirnya aku terbaca
bahawa pada awal abad ke-19 saintis baru terjumpa
terdapat bahawa beberapa strain influenza
boleh berulang pindah antara babi ke manusia
sambil bermutasi pada setiap peringkat
hingga menjadi varian baru yang lebih kuat

Di Amerika Syarikat telah dilaporkan
virus H1N1 dan H3N2 dalam populasi babi telah endemik
H1N1 diketahui beredar dalam babi seawal tahun 1930-an
Jika berpindah dari babi ke unggas boleh terjadi pandemik

Kebimbangan utama lain ialah trichinosis
jangkitan oleh larva cacing parasit Trichinella spiralis
Berpunca makan daging babi yang tak cukup dimasak atau mentah
Antara gejala adalah sakit perut, mual, cirit-birit demam dan muntah

Cacing parasit juga boleh menjangkiti dan merosakkan tisu badan
Ini pastinya boleh menjadi masalah kesihatan
Tidak diketahui manusia sebelum ini
Tapi Al-Quran melarang lebih seribu tahun lalu lagi

Kiniku lebih menghargai larangan2 Al-Quran
Bagiku Tuhan melarang sesuatu kerana ia menjejaskan kesihatan
Jika sebab suatu larangan belum diketahui
suatu hari ia akan dapat dikenal pasti

Dipuisikan oleh drK @ KuantumHarapan, November 2017

Monday, 23 October 2017

Gelagat Mini Reunion Sekolah 2017 (puisi santai- Jalan-jalan Cari Kawan ke Perlis)

Negeri Perlis sungainya jernih
Aman damai pengubat letih😎
Kuala Perlis lautnya tenang
Tempat jatuh lagi dikenang😍

Behok Pulai bendangnya hijau
Di situ tempat sama mengimbau
Padang Katong dulu asrama
Di situ persahabatan kita mula 😎😉🤓

Kawan sekolah duduk berkira
Nasi ganja bila nak pekena
Dr Ong cadang 21 Oktober😀
Kempen WhatsApp pun bermula

Kawan sekolah reunion mini
Semua berusia dah tak muda
Dua doktor bersama kami😎
Kuranglah risau ahli keluarga

Kawan sekolah sudah berjanji
Tinggal rumah bye2 kat isteri
Ong dan Azizi lari kejar keretapi
Rupanya ETS belum sampai lagi😅

Kawan sekolah bawa beg galas
Beg berisi bantai busuk🤔
Dalam ETS duduk beralas
Elak pinggang sakit besok

Ada kawan naik ETS dulu
Sampai di Arau nombor satu
Zauri dah sedia jadi penunggu
Sihat walafiat dia waktu RU😯

Kawan sekolah cari kereta
Jalan jauh patah kaki la
Husin sewa Proton Exora
Zaim jadi pilot sukarela 😁

Kawan sekolah terus ke Kodiang
Makan mee dan pesembok sedap
Zauri patuh aturcara dirancang
Zaim lencong hidang karipap🤓

Kawan sekolah ke luar negara
Sempat juga balik jumpa
Putra Puteri Lodge cukup selesa
Terima kasih doc K sudi menaja 😀

Kawan sekolah bawa kereta
Sambil memandu dia berdoa
Shah kejar dinner bersama
Cerita lama apa agaknya?🤔

Kawan sekolah pergi Kuala
Di Kurong Tegar hampir senja
Mentari kemerahan di ufuk sana
Langit keemasan beralun warna😃

Berwarna-warni langit Langkawi
Lumpur pekat nampak berkilat
Terpegun melihat ciptaan Illahi😋
Bergegas ke masjid untuk bersolat

Kawan sekolah nak makan dinner
Order seafood teknik hakcipta😅
Zauri terpandang pakcik tua
Cikgu Baharom rupa-rupanya

Restoran Api-Api ikan bakar
Petai dan ketam cepat terhidang
Kawan sekolah terasa lapar😂🙃
Cikgu kita rancak bersembang

Esok solat subuh awai betul
Pagi-pagi ke gerai Pak Syeikh
Member kita doanya makbul😣🤣
Meja sebelah junior Sains Pereleh

Kawan sekolah ziarah rakan
Member sakit kembali ceria
Tak putus-putus Halim ceritakan😊
Hikayat lama ramai ternganga 😂

Kawan sekolah kempunan laksa
Laksa Kola di Restoran Adna
Sambil makan kami bertanya
Next reunion kita bila pula?🤔

Masa berpisah sudahlah tiba
ETS ke selatan dah hampir masa
Dalam hati terasa hiba
Ada umur bertemu semula😀

Mini reunion tinggal kenangan
Walaupun banyak senda gurauan
Persahabatan dapat dipererat
Reunion atas landasan syariat ☺

Nukilan drK @ KuantumHarapan, Oktober 2017


Saturday, 14 October 2017

Dunia Islam Ketinggalan Dalam Sains (puisi)

Al-Qur'an menyaran perhatikan alam
Kaji penggantian siang dan malam
pergerakan bulan, bintang dan matahari
serta lain-lain jasad samawi (3: 190)

Umat ​​Islam kerap digesa
mengembara, menyiasat dan meneroka
serta memahami keajaiban kejadian (4: 53)
selain menghargai keindahan ciptaan

Antara mesej utama Al-Qur'an
Sentiasa berusaha mencari kebenaran (2: 111)
Sekitar 750 ayat Al-Quran mengenai alam
Sumber motivasi yang sangat mendalam

Al-Quran menggalakkan penyiasatan
dan menyanjungi orang  berpengetahuan
Pendidikan tidak terhad hal agama
tapi termasuk sains dan ilmu semasa

Firman Allah swt:
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama
orang-orang yang mengetahui dengan orang
-orang yang tidak mengetahui?" (39: 9)

Nabi saw bersabda:
“Barang siapa menempuh jalan untuk mencari
 ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya
 jalan ke surga.” (H.R Muslim)

Islamlah pembawa cahaya pembelajaran
Pembuka mata Eropah di zaman kegelapan
Umat ​​Islam pewaris era sains gemilang
Pelopor penemuan oleh sarjana2 terbilang

Antara sarjana2 besar yang terukir nama
Al-Khawarismi, membangunkan aljabr atau algebra
Al-Biruni pula ahli matematik, astronomi dan geografi
Beliau berjaya mengira ukur lilit bumi secara geometri

Al-Haytham (Alhazen) pengasas optik moden
Menekankan konsep bahawa sains harus berdasarkan eksperimen
Ibn Sina (Avicenna), banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan
Ensiklopedia beliau al-Qanun fit-Tibb diguna Barat sebagai rujukan

Setelah berabad-abad dunia Islam berada di barisan depan
memimpin tamadun manusia dan sains di zaman pertengahan
Kini penguasaan sains di dunia Islam amatlah lemah
Tahap intelektual telah merosot ke tahap rendah

Walaupun umat Islam 20 peratus penduduk dunia
tapi hanya menghasilkan 5 peratus dari penerbitan sains seluruhnya
Ada 1.6 bilion umat Islam di dunia kini
Hanya 2 Hadiah Nobel sains dimenangi

Umat Yahudi hanya ada 15 juta di dunia
Tetapi Hadiah Nobel ada 201 penerima
23% daripada semua penerima individu
seluruh dunia semenjak tahun 1901

Umat Yahudi tak seramai kita
Tapi bidang kimia ada 36 penerima
20% daripada jumlah seluruh dunia
Umat Islam ada 1 penerima sahaja

Umat Yahudi tak seramai kita
Tapi bidang fizik ada 54 penerima
26% daripada jumlah seluruh dunia
Umat Islam ada 1 penerima sahaja

Ternyata dunia Islam jauh ketinggalan
Tidak seperti di zaman kegemilangan
Kejayaan dulu tinggal lipatan sejarah
Realiti hari ini nyata sudah berubah

Mengapa terjadi keadaan begini? (13:11)
Sedangkan Al-Quran yang sama diwarisi
Al-Quran tidak lagi sumber motivasi
Mungkin terlebih lafdzi dari maknawi

Kelemahan umat kerana mundurnya pembelajaran
Kurang minat penerokaan dan pengkajian
Hasilnya umat Islam lemah pemikiran
Sumbangan sains kini jauh ketinggalan

Nukilan drK@KuantumHarapan, versi Nov 2017

Thursday, 21 September 2017

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1439 (puisi)

Awal Muharram tibalah sudah,
Taqwim Islam Tahun Baru Hijrah,
Penghijrahan Nabi saw dari Mekah,
Demi Islam ke negeri al-Madinah.

Terdiri daulah Nabi memerintah,
Tertegak agama terpelihara ummah,
Petanda Islam bukan hanya akidah,
Tetapi terkandung hukum dan syariah.

Hijrah mengajak kita berubah,
Dekatilah Allah pelbagaikan wasilah,
Hidup berkat rezeki melimpah,
Perbaiki diri banyakkan mujahadah.

Tambahkan amal berteras hidayah,
Bersiap kita memikul amanah,
Bersama fikirkan nasib ummah,
Bagaimana nasib dapat diubah.

Saudara di Palestin dan Rohinga,
Tahun baru ini bagaimana mereka?
Di Timur Tengah pelarian berjuta,
Jangan sekali-kali lupa pada mereka.

Tahun Baru Hijrah tuntut kesedaran,
Awal Muharram tuntut keazaman,
Masaalah ummah cari penyelesaian,
Saudara seagama perlu pembelaan.

Hijrah pencetus tamadun ilmiah,
Sudah terbukti dalam sejarah,
Tapi kini bagai di kandang pesalah,
Umat mesti kembali menyerlah.

Sabda Nabi s.a.w.: “Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.” – Hadis riwayat Abu Dawud

Sabda Nabi s.a.w.: “Seorang Muslim adalah seseorang yang kaum Muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan seorang muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari


Selamat Tahun Baru Hijrah 1439.

Poetized drK@KuantumHarapan, Okt 2017

Tuesday, 5 September 2017

Appreciating Quranic Prohibitions (of alcohol and pork) (poem)

A true muslim
obeys whatever Allah enjoins upon him,
and refrains from whatever He forbids him.
So as a muslim,
I understand that I must try my best to obey God’s commands, willingly,
whether the reasons are clear or are only known to Him,
as God's commands are to be obeyed, ultimately.

Yet, God is All Knowing and Most Wise,
He is Most Subtle and is Most Concise,
He prohibits something for a reason,
It is up to us to find the explanation.
Furthermore, the Quran mentions,
that what is enjoined is At‑Tayyibaat (good)
and what is forbidden is Al‑Khabaa’ith (bad) (Quran 7:157) .
So the prohibitions are to protect our well being,
He will not allow one to consume anything
which may cause one's death,
or which are detrimental to one's health.

Gradually, I became interested in knowing reasons behind Quranic prohibitions,
Especially when they are related to scientific evidences,
For it will further convince me of the All Knowing God,
and affirms that the Quran is truly from the Lord.

In the case of alcohol consumption,
I found abundant reasons for its prohibition,
It is very evident that its consumption is harmful and injurious
Intoxication results in harm to oneself, family members, friends and others.

The Quran states that "They ask thee concerning wine and gambling. Say
(O Prophet): In them is great sin and some
benefit for human beings, but the sin is greater
 than the benefit...." (2:219)

I was not surprised when I read an exposition
by the World Health Organisation (WHO),
Harmful use of alcohol resulted in 3.3 million deaths, annually,
For the age group of 20-39, alcohol accounts for around 25 % of the total deaths, yearly,
Its harmful use brings about significant losses socially and economically,
Thus, the Quran's prohibition of its consumption
is actually for our own protection.

On the other hand,
for the prohibition of eating flesh of swine,
I found that it's not as obvious as for wine,
What harm could have come from swine and its flesh?
Isn't it widely eaten in many parts of Asia, the US and the rest?
So, what could be the reason behind the disallowance?
Could the Quranic prohibition be a form of prevention?

Pork is forbidden in Islam according to the Quran:
“He has only forbidden you dead animals, and blood, and the flesh of swine…”   (al-Quran 2:173)

However, I soon realised that the Quran also gave no specific reason,
So the harm that could come from pigs are rather hidden,
But the Quran hints that the flesh of swine is impure,
So, I turned to science in my bid to know.

The Quran says
"Say, "I do not find within that which was
 revealed to me [anything] forbidden to one
 who would eat it unless it be a dead animal or
 blood spilled out or the flesh of swine - for
 indeed, it is impure..." (Quran 6: 145)

I finally found out that in early 19th century scientists already know,
only in the last 100 years ago or so,
that certain kinds of influenza strains,
can migrate back and forth between pigs and humans,
while mutating at each stage and becoming more powerful new variants.
In the US, H1N1 and H3N2 swine flu viruses in pig populations are endemic,
H1N1 was known circulating in pigs as early as the 1930's,
If hog and avian farms are too close, it exposes the danger of a serious pandemic.
In short, pigs, when infected are like Trojan horses,
They carry in their body harmful viruses
which can be ultimately passed to us.

The other main concern is trichinosis,
an infection by the larvae of parasitic worms called Trichinella spiralis,
caused by eating raw or undercooked swine meat,
Symptoms are abdominal discomfort, nausea, diarrhea, vomiting, fever and fatique,
Parasitic roundworms can also infect and damage body tissues,
These are definitely major health issues,
not known to humans only until recently,
The Quran announced the prohibition over a thousand years early.

I now better appreciate the prohibitions in the Quran,
There are clearly reasons behind God's commandments,
Be it alcohol, gambling, swine flesh, blood, carrion or other prohibitions,
God allows us to enjoy all the good lawful things,
and only forbids from things that are harmful to our health and well being,
If its harm may not have been known during one's lifetime
it may be discovered at a later time.

Poetized by drK@KuantumHarapan, September 2017

Sunday, 30 July 2017

Engkau Isteriku Dunia Akhirat (pantun sempena ulangtahun perkahwinan)

Halaman cantik dihiasi bunga,
Hanya sekuntum menawan hatiku,
Madah ini untuk isteriku tercinta,
Syukur sudah 36 tahun kita disatu.

Harum baunya bunga kasturi,
Semerbak merata indah mewangi,
Engkau menghiasi hidupku ini,
Indah terukir di hati sanubari.

Bunga berayun di tiup bayu,
Tak gugurpun walau digegari,
Terperangkapku di sangkar kasihmu,
Tak inginku kau lepas pergi.

Bunga memutik di dahan kayu,
Kembang sedahan dipetik satu,
Kalau bergurau biar seribu,
Teman hidup cukuplah satu.

Bunga cantik tersusun indah,
Salah memetik jatuh ke tanah,
Dugaan hidup bersama meredah,
Sentiasa redha ujian Allah (s.w.t.).

Bunga berseri disirami cahaya,
Berwarna warni hilang cacatnya,
Saat gembira ketika bersama,
Perkara duka dapat dilupa.

Terima kasih atas curahan sayang,
yang tidak putus-putus antara kita.
Mewarnai hidup bersama Ayang,
Moga bahagia sampai akhirnya.

Keikhlasan cinta ketulusan jiwa,
Tak pernah terhenti walau sesaat,
Moga kasih kita sampai ke syurga,
Ayang bidadariku dunia akhirat.

Bunga mekar sejak lama,
Bau harumnya melintasi benua,
Detik manis kita bersama,
Jadi kenangan sampai ke tua.

Kutip bunga buat karangan,
Istimewa sekuntum dalam jambangan,
Maafkan aku segala kekurangan,
Hidup bersamamu anugerah Tuhan.

Firman Allah (s.w.t.) maksudnya : 
“Dan di antara ayat-ayat-Nya ialah Dia menciptakan 
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu 
merasa nyaman kepadanya, dan dijadikan-Nya di 
antaramu mawadah dan rahmah. Sesungguhnya pada 
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda 
bagi kaum yang berfikir” [Ar-Rum 21].

Nukilan drK@KuantumHarapan, Ogos 2017

Saturday, 29 July 2017

Hargai Kemerdekaan Negara Kita (pantun & puisi sempena sambutan ulangtahun Merdeka ke 61)

Bahtera berlayar di tengah laut
Sampan kayu mudik ke tanjung
Ingatan terlintas mulut tersebut
Sejarah merdeka sama dijunjung

Penjajahan bermula tewas Melaka
Kerana fitnah Bendahara dianiaya
Menentang Portugis tidak sekata
Si Kitol subahat musuhi negara

Empat ratus tahun tempoh lama
Inggeris selepas Portugis dan Belanda
Penjajah Eropah silih berganti
Selain rempah agenda tersembunyi

Orang Melayu disuruh bertani
Jadi nelayan dan pesawah padi
Orang India di estate sebagai pekerja
Orang Cina berlombong dan menjaja

Melayu berdepan kemiskinan di desa
India tersepit di estate mereka
Orang Cina ada yang susah juga
Ramai di bandar gigih berniaga

Kejahatan British jangan dilupa
Kekayaan nusa dirompak mereka
Bijih timah dan besi diangkut belaka
Arang batu dan emas dikaut juga

Kedatangan Jepun pembuka mata
British dihalau dari nusantara
Sekembali British keadaan berbeza
Tuntutan merdeka lantang bergema

Merdeka hasil dari pengorbanan
Cina dan India diberi kerakyatan
Hak istimewa Melayu jadi jaminan
Kontrak sosial hasil persetujuan

Sistem negara Raja Berperlembagaan
Demokrasi Berparlimen jadi amalan
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
Islam dinobat agama Persekutuan

Bangsa lain dijamin hak mereka
Bebas untuk menganut agama
Berhak mengguna bahasa ibunda
Sama dinaungi perundangan negara

Perlembagaan negara tinggi dijunjung
Semua rakyat rasa terlindung
Toleransi beragama bebas berbudaya
Dijadi formula perpaduan kita

Bahtera berlindung di Pulau Langkawi
Selamat dari dilanda tsunami
Pasca merdeka sama mengisi
Agar termaju seluruh negeri

Gilang gemilang Kesultanan Melaka
Sultan Mansur Shah di kemuncaknya
Mashur Melaka kerana keadilannya
Islam dihormati seluruh nusantara

61 tahun sejak merdeka,
Mentadbir sendiri negara tercinta
Masyarakat berusaha disusun semula
Sama membangun majukan negara

61 tahun negara merdeka
Kesan penjajahan masih ada
Ekonomi masih tak sama rata
Perbezaan kaum masih ketara

Keadilan meluas mesti ditegakkan
Rasa perkauman harus dihapuskan
Terus bentrasi rasuah dan ketirisan
Nasib rakyat jadikan keutamaan

Tanah ini tempat tumpah darah
Pertahankan dengan semangat wataniah
Berkorban demi ibu pertiwi
Bukan kerana individu atau parti

Kelangsungan negara terus dijaga
Perlembangaan kita junjung bersama
Semua bangsa rasa terbela
Bersama di bawah satu bendera

Tingkap papan kayu bersegi
Rumah tradisi Pulau Langkawi
Kalau ada silap segera dibaiki
Agar merdeka terus mengungguli

Firman Allah (s.w.t.):
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (itu) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi..." [Surah Al-A’raf/7:96].

Nukilan drK@KuantumHarapan, Ogos 2018 (di kemas kini)

Saturday, 17 June 2017

Bapa Kesunyian di Usia Tua (puisi sempena Hari Bapa 2017)

Sudah lumrah sejak dahulu
Bapa tua tak banyak bicara
Anak-anak tertumpu pada ibu
Bapa menumpang kasih sahaja

Bapa tua bicaranya kelu
Makin susah nak sembang sama
Kalau belikan hadiah untuk ibu
Buatkan kopi untuk si bapa

💥

Kasih bapa berpandangan
Dia tak pandai nak tunjukkan
Rasa sayang simpan di hati
Nak meluahkan bapa tak reti

Ibu pandai berkongsi cerita
Anak-anak jadi ceria
Bapa pandai memendam jiwa
Anak-anak jadi tertanya

Ibu suruh anak jaga diri
Ayah ajar majukan diri
Ibu selalu hidang makanan
Ayah ajar nak cari makan

Ibu jaga anak dari bahaya
Ayah suruh terus mencuba
Ibu suruh duduk di rumah
Ayah suruh pergi meredah

Kalau ada sikit masalah
Fikiran kusut hati susah
Ibu suruh balik ke rumah
Ayah suruh pergi le ubah

Ibu insan lembut jiwa
Ayah biasa berhati waja
Ibu suruh jaga agama
Ayah kerah bela agama

Ibu biasa berlembut sentiasa
Ayah kekadang tunjuk marah
Semua lelaki boleh jadi bapa
Tak semua berjaya jadi ayah

💥

Bapa tua tak banyak berkata
Hanya ibu yang faham dia
Tengokkan juga keperluan bapa
Penat lelah dia besarkan kita

Bapa tua tenang sentiasa
Dalam tenang kesunyian pula
Jagalah hati bapa yang tua
Tanpa bapa siapalah kita

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Tiga doa yang mustajab, tanpa syak lagi;
doa orang dizalimi, doa orang musafir dan doa bapa kepada anaknya ” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Nukilan drK@KuantumHarapan, Jun 2017

Gelagat berHari Raya (puisi santai)

Syawal menjelma takbir bergema
Kebesaran Allah menggegar jiwa
Tanda syukur atas kurniaanNya
Umat bergembira di Hari Raya

     اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ
     لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ
     وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Raya di kampung seronok belaka
Tak balik raya menitis air mata
Raya di bandar apa kurangnya
Ikut orang tua ada di mana

Biskut raya beraneka rasa
Ketupat dan lemang mestilah ada
Pagi raya berkumpul keluarga
Ampun maaf kedua orang tua

Ibu dan bapa di usia tua
Anak setia di samping mereka
Bila ibu bapa sudah tiada
Terkilan pula rasa di jiwa

Cucu-cucu dapat berkumpul
Rumah Atok tempat mainan
Umi Tok tersenyum simpul
Syukur atas kurnia kebahagiaan

Cucu kecil paling bergembira
Berbaju Melayu amat bergaya
Tak sedondon tiada kurangnya
Asal belanja dapat dijaga

Bermacam gelagat raya sebulan
Yang elok jadikan teladan
Yang tak elok buatkan sempadan
Pegang pada madrasah Ramadhan

Raya di kampung jangan tido aje
Ziarahlah jiran dan sanak saudara
Kalau jumpa si miskin dan papa
Buktikan kita kaya jiwa

Saudara mara banyak bertanya
Anak dara bila lagi nak kawinnya
Dah kawin bila dapat anaknya
Soalan sediakan jawapannya

Hotel dan homestay penuh belaka
Rumah Atok pergi ziarah aje
Selesa dan aurat pun terjaga
Jangan kecil hati orang tua

Minggu raya restoran tutup belaka
Yang buka cepat habis pula
Takkan sanggup makan lemang aje
Nasib baik McD dan Kentucky ada

Cucu-cucu suka jalan-jalan
Kumpul duit raya setiap kunjungan
Tolonglah ibu sediakan masakan
Belanja dapur hulur-hulurkan

Di bandar banyak rumah terbuka
Selagi bulan Syawal ada
Eratkan silaturrahim sesama kita
Dapat sebulan makan percuma

Bulan puasa perut direhat
Raya makan banyak sangat
Puasa badan kurang berat
Raya berat kembali meningkat

Raya sakan belanja pun sakan
Ukurlah baju badan sendiri
Habis duit apa nak makan
Ikat perut sampai gaji

Hiburan raya di semua siaran
Semua cepat lupa pesanan
Terhakis kesan Ramadhan
Raya patut zahir kesyukuran

Tarbiyyah Ramadhan jana kekuatan
Sebagai bekalan berterusan
Ketaatan bukan bermusim semata
Beraya ikutlah landasan agama

Bila Ramadhan makin berjauhan
Amalan ketaatan jangan tinggalkan
Kita bukan bertuhankan Ramadhan
Ubudiah lillah harus berterusan

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ،
 لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ،
 وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Sabda Nabi (s.a.w.):
“Bertakwalah kepada Allah dimanapun engkau berada dan iringilah setiap keburukan dengan kebaikan, niscaya ia akan menghapuskan keburukan, dan pergauilah manusia dengan akhlak yang baik”. (Hadits Hasan, Riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan yang lainnya. Lihat Shahiihul jaami’ no. 97 ).
Selamat Hari Raya Eidul Fitri dan maaf, zahir dan batin dari drK@KuantumHarapan sekeluarga, versi Jun 2018

Saturday, 3 June 2017

Lailatul Qadr: Masihkah Kita Belum Bertemu? (puisi)

Lailatul Qadr
aku ingin bertemumu
Sudah lebih separuh abad usiaku
di setiap malam Ramadhan berlalu
tetap harapanku
al-Qadr dapatku temu

Lailatul Qadar
bilakah kunjunganmu?
Lebih seribu bulan kebaikanmu
Takku dapat beramal selama itu
Kau bekalanku
bertemu Penciptaku

Lailatul Qadr
aku tak jemu mencarimu
Setiap Ramadhanku tertunggu
Kalau masih kita tak bertemu
memang salahku
kerana kecuaianku

Lailatul Qadr
Walau ibadahku tak sempurna
solatku tidaklah lama
kusyukku tidak seberapa
doaku kurang ketundukan
masihku berharapkan
anugerah dari-Nya
buat jalanku ke syurga

Ya Allah, Ya Tuhanku
temukan aku malam al-Qadr-Mu
Mudahkanku pertingkat ibadatku
Seandai dapat bersua malam itu
curahkan untukku kebaikan
lebih dari seribu bulan

Nukilan drK@KuantumHarapan, versi Jun 2018

Baki Ramadhan Jangan Dipersiakan (puisi)

Pasang pelita
tanda nak Raya
Sambil bergembira
jangan kita lupa
Ramadhan masih ada
bersama kita

Mercun dan meriam
sudah disedia
Tiap malam
letupan bergema
Ramadhan masih
bersama kita
teruskan ibadat
sampai akhirnya

Jualan rendang
sudah bermula
Ketupat dan lemang
hidangan utama
Hari Raya hampir tiba
Baki Ramadhan
jangan persiakan

🌹

Beberapa hari
sahaja lagi
Kesedihan terasa
di lubuk sanubari
Ramadhan tetap
akan pergi
Tak pasti dapat
ku temui lagi

Ramadhan ku rayu
jangan cepat pergi
Gembira Eidulfitri
tak dapat mengganti
Keindahan beribadah
di malam hari
Kesabaran madrasah
tarbiyyah rabbani

Ramadhan pasti
beredar pergi
Ramai akan menyesali
jika dosa
belum diampuni
Tak pasti
dapat bersua lagi

Ya Allah, Ya Tuhanku
Ramadhan-Mu akan berlalu
Sudah makin
terasa nikmat beriman
kepada-Mu
Sudah makin ringan
solat malam
kerana-Mu
Sudah makin mesra
membaca ayat-ayat-Mu
Sudah semakin ringan
bersedekah kerana-Mu
Ya Allah berikan
peluang lagi untukku
bertemu Ramadhan-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Seandainya tarawikh tadi
terakhir buatku
Sahur tadi
terakhir buatku
Berbuka nanti
terakhir untukku
Jadikanlah aku
bersih suci bagai bayi
di Eidulfitri terakhirku

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.

Nukilan drK@KuantumHarapan, versi Jun 2018

Friday, 2 June 2017

Connecting With The Amazing Quran (Puisi sempena Nuzul al-Quran)

It was my late mother who taught me to read the Quran,
so that I could recite and pronounce the Arabic verses properly,
But when I grew up and went to the US back then,
I was searching for God as I felt the need for something more, intellectually.

Wanderings about God kept bugging me,
Until I read a book that asserts scientific facts in the Quran,
But the Quran is an ancient text and I wondered how could that be,
Moreover, modern science was not known at the time,
Could this be a proof that the Quran is divine?

As a student of physics at an American university,
I read modern scientific ideas on cosmology,
Under astrophysics the universe was investigated for its origin,
It concluded that the universe originated from a great explosion,
which was named the Big Bang to describe the size of the eruption,
Cosmic background radiation captured by COBE satellite (1989-1993) serves as affirmation.

I was taken by surprise to find the following verse in the Qur'an:
"Do not the unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one unit of creation), before We clove them asunder, and We made from water every living thing. Will they not then believe?" (The Qur'an, 21:30)

I also learned that according to modern astronomy the universe is expanding,
Before this humans thought the universe was unchanging,
Sir Edwin Hubble observed that galaxies were constantly distancing,
The Hubble Space Telescope launched in 1990 confirmed this finding.

Amazingly also,
the Quran already announced this 14 centuries ago:
"And it is We who have constructed the heaven with might, and verily, it is We who are steadily expanding it." (The Qur'an, 51:47)

I was totally astounded that both facts are in the ancient Qur'an,
as at the time of the Quran's revelation, they were unknown to anyone,
Because modern scientific information was not known at the time,
without hesitation, I concluded that the Quran is indeed divine.

The Quran says:
"Soon will We show them our Signs in the (furthest) regions (of the earth), and in their own souls, until it becomes manifest to them that this is the Truth. Is it not enough that thy Lord doth witness all things?" (The Qur'an, 41:53).

As time moves on, I quickly found out that,
there are also Quranic verses on other scientific subjects,
I now decipher each verse as I continue to reflect and gave careful thought,
I feel connected to the Quran and it leads me to God,
and gives me a sense of fullfillment and duty,
It was through science that I learned the Quran is God's grace for humanity.

Poetized by drK@KuantumHarapan, June 2017

Saturday, 27 May 2017

Perhatikan Gelagat di Bulan Ramadhan (pantun santai)

Budak kecil bersama rakan
ikut tengok anak bulan
Setiap tahun mari fikirkan
gelagat kita di bulan Ramadhan

Budak kecil belajar agama
tak ada wudhu solat juga
Perhatikan di kalangan kita
ada tak solat tapi puasa

Orang solat budak pun solat
kalau tak solat malu kat semua
Orang tak solat tapi berpuasa
kalau tak puasa malu nak raya

Budak kecil dilatih puasa
minum air sebab terlupa
Ramadhan berlapar dahaga
hukum ada langgar juga

Bersih diri air kolah
anak kecil tak mengalah
Ramadhan madrasah tarbiyyah
diri mesti patuh Syariah

Budak kecil beli makanan
di khalayak takut nak makan
Berpusa di bulan Ramadhan
rasuah mesti dihentikan

Budak-budak bersiar ke pekan
panas terik tak jadi halangan
Orang berpuasa ada kekuatan
tak merokok di siang Ramadhan

Budak kecil diberi peringatan
mesjid bukan padang permainan
Ramadhan timbulkan keinsafan
gelagat tak elok perlu teguran

Budak ke surau meramaikan
habis majlis jangan diabaikan
Ramadan anak yatim diraikan
Syawal nanti ditinggal kesepian

Budak kecil terlajak tidur
ibu sudah kejutkan sahur
Isteri bangun siap di dapur
suami pula tidur berdengkur

Budak kecil terasa sepi
buka tv tengok rancangan
Tonton menu pelbagai resipi
nafsu makan tambah dilayan

Budak diajar berzakat fitrah
kewajipan jadi tersemat di hati
Pasar Ramadhan pelbagai juadah
ikut nafsu semua nak dibeli

Budak-budak berakit ke tanjung
sampai tanjung bersesak-sesak
Pasar Ramadhan ramai pengunjung
balik kerja tak sempat masak

Budak-budak tak bawa bekal
sampai tanjung kedai tutup
Pasar Ramadhan harga mahal
orang susah duit tak cukup

Budak kecil selalu terlelap
tak sedar orang mengendap
Pasar Ramadhan pilih yang sedap
jangan beli yang lalat hinggap

Budak kecil bermain kaca
bukan mainan untuk bergurau
Kalau di hotel berbuka puasa
pilih hotel yang ada surau

Budak kecil tak balik rumah
iktikaf di surau tumpu ibadah
Ramai di pusat beli belah
cuci mata susah nak tegah

Lama tarawikh balik rumah
budak kecil semangat lemah
Awal Ramadhan mesjid melimpah
akhir Ramadhan kurang jemaah

Budak kecil menari di titi
titi berlubang kena hati-hati
Jaga puasa supaya berkualiti
agar puasa tak kurus nanti

Nabi (s.a.w) bersabda (maksudnya):
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”  (Riwayat al-Bukhari)

Nukilan drK@KuantumHarapan, versi Jun 2018

Friday, 26 May 2017

Ketibaan Ramadhan Kareem رمضان كريم

Pasti gembira
mereka yang rindu
Hampir menjelma
bulan yang ditunggu

Ramadhan mulia
menggamit tiba
syukur kita
dipertemukan-Nya

Ramadhan
penuh kemuliaan
Bulan diturunkan al-Quran
Puasa difardhukan

Padanya dibuka
pintu-pintu syurga
ditambat syaitan-syaitan
beribadat jadi ringan

Matlamat puasa
tingkat ketaqwaan
Turut berpuasa
seluruh anggota badan

Jagalah hati
dan peliharalah lisan
Jagalah amalan
Kawallah perbuatan

Tegakkan
amalan Ramadhan
penuh keimanan
Moga bertambah ketaatan
moga diterima keampunan

Orang berpuasa
jangan sedih
pahalanya berganda
diamnya tasbih

Orang berpuasa
jangan gundah
doanya mustajab
tidurnya ibadah

Ramadhan
bina kekuatan
perteguh keimanan
bekalan ujian kehidupan

al-Qadr keistimewaan
lebih seribu bulan
bandingan kebaikan
Terlepas sangat kerugian

Ramadhan bina ketakwaan
Ia madrasah kesedaran
Ia madrasah perubahan
Ia tarbiyyah keinsanan

Untung sangat
perbanyak sedekah
Untung sangat
perbanyak dakwah

Rugi sangat
terus mengumpat
Rugi sangat
terus tak taat

Insafi diri sedalamnya
pohon maghfirah atas dosa
Peluang jangan dilepaskan
nanti jadi penyesalan

Ramadhan Kareeem (Ramadhan mulia)
Allahu Akram (Allah lebih mulia)

Aamin Ya Rabbal Alamin

Nabi (s.a.w) bersabda (maksudnya):
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”  (Riwayat al-Bukhari)

Nabi (s.a.w) bersabda (maksudnya): "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
(Riwayat Imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Dari drK@KuantumHarapan versi Mei 2019

Monday, 15 May 2017

Guru Berdepan Cabaran Pendidikan (puisi sempena Hari Guru)

Guru pembina modal insan negara
Di sekolah, universiti mau pun tadika
Pembimbing hala tuju pelajar kita
Penjana sudut pandang generasi muda

Guru wajar dihargai kerana berjasa
Mencurahkan ilmu tanpa mengira
Semulia-mulia pekerjaan di dunia
Bagai pelita memancarkan cahaya

Tanpa guru-guru siapalah kita
Sama ada di desa mau pun kota
Tak ada orang yang akan berjaya
Pasti ada guru yang mendidiknya

Di sekolah jadi ibu bapa ganti
Pelbagai kerenah pelajar dilayani
Tak sama menjaga anak sendiri
Yang nakal sukar dinasihati

Guru berhikmah pelajar berubah
Yang tiada matlamat jadi berminat
Yang asalnya lemah jadi tabah
Yang liat jadi tinggi semangat

Guru pendalaman berdepan cabaran
Mengajar anak-anak rendah pendidikan
Kemudahan sekolah serba kekurangan
Menjalankan tugas penuh kecekalan

Pendidikan cabaran abad ini
Negara bersaing era globalisasi
Pelajar mesti pemikiran aras tinggi
Kalau abaikan terpinggir nanti

Guru mendidik generasi depan
Pemain global berdaya persaingan
Perlu cepat buat perubahan
Didik pelajar ilmu dan kemahiran

Bangunkan pelajar berfikiran kritis
mampu tepat menganalisis
Pandai komunikasi dan kolaborasi
Akauntibiliti supaya berintegriti

Pelajar berbeza masa depan
mungkin saintis atau angkasawan
peguam mau pun usahawan
Semua terkesan guru berwawasan

Guru pencetus personaliti hebat
Guru mesti berilmu banyak
Aktiviti kreatif diperhebat
Murid berfikir di luar kotak

Guru-guru pun manusia juga
Guru adil tidak rasa betul sentiasa
Pelajar ada kala betul juga
Kena ambil pandangan semua

Guru banyakkan kesabaran
Kerenah pelajar jangan tertekan
Kalau hukum ikut garis panduan
Kena rotan terpahat di fikiran

Guru baik berlapang dada
Dalam kelas dia bukan penguasa
Galakkan pelajar sentiasa bertanya
Jadi fasilitator memotivasi mereka

Dengan guru-guru beradablah kita
Sentiasa kita menghargai mereka
Jasa guru dikenang selamanya
Sentiasa doakan semua guru kita

Kepada guru-guru semua, ku ucapkan Selamat Hari Guru.

Firman Allah swt (maksudnya):
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang terbaik." Surah Al-Nahl (16): 125

Dipuisikan oleh drK@KuantumHarapan, Mei 2017

Saturday, 13 May 2017

Mengenang Jasa Ibu (puisi sempena Hari Ibu)

Mari mengingat insan mulia
ibu kita yang banyak berjasa
Keberhutangan kita kepadanya
jangan ada anak yang lupa

Mengandung dalam kepayahan
melahirkan penuh kesakitan
Tidur malam ibu tak lena
menyusu anak terpejam mata

Anak kecil apabila sakit
risau ibu bukan sedikit
Bawa ke klinik dapat ubat
di rumah jadi jururawat

Anak kecil mula merangkak
tak kenal bahaya ke tidak
Ibulah jadi penjaga pulak
sambil mengemas dan masak

Anak kecil susah nak lena
tangan ibulah membuainya
Sambil menyanyi lagu merdu
itu antara pengorbanan ibu

Anak ke sekolah nak makan
ibu bangun sediakan sarapan
Ibu masak bermacam masakan
pulang sekolah ibu hidangkan

Bila anak sudah dewasa
sudah jadi orang berjaya
anak jangan tak ingat jasa
kongsi ibu kejayaan kita

Ingatlah wahai anak
ke atas kita ibu ada hak
Apabila ibu sudah tua
peluang anak untuk berjasa

Ibu tua jangan pinggirkan
kalau abaikan berdosa kita
Peluang tebus kesilapan
selagi ibu masih ada.

Firman Allah (s.w.t.) yang maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan."
(Al-Ahqaaf 46:15) |

Nukilan drK@KuantumHarapan, versi Mei 2019

Friday, 12 May 2017

Jururawat Ada Kesabaran Luar Biasa (puisi sempena Hari Jururawat)

Jururawat adalah manusia hebat
Kerja mereka sangatlah berat
Senyum mereka bukan buat-buat
Pesakit rasa selesa dan selamat

Rajin jururawat bukti semangat
Cakap lembut tapi kerja cepat
Senyuman manis semacam ubat
Pesakit tenat beransur sihat

Kerja jururawat amat menduga
Mereka ada kesabaran luar biasa
Sanggup rawat yang cedera dan parah
Sanggup lihat mayat dan jenazah

Jururawat pun manusia juga
Kadang kala tersilap juga
Jangan asyik salahkan mereka
Mereka punya hati dan jiwa

Jururawat muslimah patuh syariat
Tambah cantik bila tutup aurat
Letih kerja jururawat mesti rehat
Jururawat sihat pesakit sembuh cepat

Jadikan kerja sebagai ibadat
Di dada ada keikhlasan tersemat
Bukan kerja untuk gaji semata
Di akhirat nanti ganjaran tersedia

Kita doakan semua jurawat
Banyak berjasa pada masyarakat
Semoga mereka sentiasa sihat
Hidup sekeluarga penuh berkat

Firman Allah (s.w.t) yang maksudnya "Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (16: 97)

Nukilan drK@KuantumHarapan, Mei 2017

Puisi-puisi lain:👇

Jururawat Pekerjaan Mulia

Doktor Berbudi Merendah Diri

Thursday, 11 May 2017

Sya'aban Persiapan Untuk Ramadhan (puisi v.2)

Sya'aban
bulan sebelum Ramadhan
Persiapan bulan mulia
Persiapan kita berpuasa

Ramadhan satu anugerah
Awalnya rahmah
tengahnya maghfirah
hujungnya bebas siksa Allah

Ramadhan dibuka
pintu-pintu syurga
ditutup pintu-pintu neraka
ditambat syaitan-syaitan
Beribadat menjadi ringan

Ada satu malam Ramadhan
lebih baik seribu bulan
Sesiapa tidak dapat kebaikan
dia sangatlah kerugian

Ramadhan datang tak lama lagi
Gunakan Sya'aban persiapkan diri
Agar Ramadhan bertahta di jiwa
Moga kali ini penuh makna

Sya’ban batu loncatan
Perbanyak tadarrus Al Quran
Bersiap malamnya bersolat
Bersiap banyakkan taubat

Sya’ban batu loncatan
Buangkan bermalas-malasan
Biasakan infaq dan sedekah
Pelihara hukum-hukum Allah

'Ya Allah, berkatilah kami
di bulan Rejab dan Sya’ban
Dan sampaikanlah usia kami
hingga bulan Ramadhan’

Dipuisikan oleh drK@KuantumHarapan, Mei 2017


Sunday, 23 April 2017

Hikmah al-Israk sebelum al-Mikraj (puisi)

Al-Israk wal Mikraj bukan sekadar satu peristiwa,
juga bukan istilah yang membawa erti biasa,
Ia berlaku atas kehendak Allah Maha Kuasa,
Ia pengubah situasi (game changer),
yang mengangkat dakwah Ar-Rasul (s.a.w.) ke tahap lebih tinggi.

Al-Israk ialah perjalanan malam Ar-Rasul (s.a.w.) antara dua lokasi di bumi,
Dari Mekah ke Baitulmuqaddis yang suci,
Al-Mikraj pula perjalanan pada malam hari,
dari lokasi bumi ke langit tinggi,
Ar-Rasul (s.a.w.) diperjalankan dari Baitulmuqqadis yang suci,
Ke satu destinasi tiada manusia pernah  menempuhi,
Suatu tempat yang amat jauh sekali,
Hanya Allah (s.w.t.) sahaja tahu di mana lokasi,
Dua perjalanan ini titik perubahan perjuangan Nabi (s.a.w.),
Kedua-duanya pada satu malam yang sangat diberkati.

Al-Israk wal-Miraj bagai satu pengistiharan,
sekiranya manusia di bumi terus beri penentangan,
Penghuni langit tetap menyokong perjuangan,
Sekiranya penghuni bumi menolaknya,
Allah (s.w.t.) tetap bersama ar-Rasulnya,
Perjalanan malam itu satu anugerah,
juga persediaan peringkat seterusnya dalam dakwah,
Bahwa Ar-Rasul (s.a.w.) akan diperintah berhijrah ke Madinah,
Ar-Rasul (s.a.w.) akan menempuh perjuangan lebih payah,
diperangi oleh kabilah-kabilah jahilliyah,
yang bergabung menentang risalah alamiyah.

Al-Israk wal-Mikraj mencetus persoalan dalam fikiran,
Adakah al-Israk ke al-Aqsa hanya sekadar persinggahan?
Mengapa tidak berlaku Mikraj langsung dari Baitullah?
Ada mesej yang nak disampaikan oleh Allah (s.w.t.),
bahwa al-Aqsa bukan sekadar singgah,
Tapi ia salah satu dari dua destinasi utama,
Nabi (s.a.w.) disambut oleh para rasul setibanya,
dan memimpin solat bersama mereka,
Petanda kepimpinan dakwah berubah kepada Nabi Muhammad (s.a.w.),
pembawa mesej alamiyah yang muktamad,
Al-Israk ke al-Aqsa bagai mengesah kepimpinan baru,
Allah (s.w.t.) mahukan umat Islam sedar dan faham begitu,
Ada kaitan rabbani antara al-Aqsa dengan Baitullah al-Haram,
Di lubuk hati orang beriman kesedaran ini ditanam.

Firman Allah swt (yang maksudnya) "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda [kebesaran] Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Al-‘Israa’ 17:1)

Perkara kedua berkaitan Al-Israa’ and Al-Mikraj ialah solat,
Solat difardukan pada malam yang hebat,
Perintah kefarduan tidak dikeluarkan di bumi,
Dari al-Aqsa Allah (s.w.t.) perintahkan Mikraj ke langit tinggi,
Di Sidratul Muntaha difardhukan solat ini,
Sedangkan kefarduan lain hanya di bumi,
Petanda bertapa solat istimewa tak terperi,
Peningkatan spiritual boleh dicapai melalui ibadah ini,
Sekembalinya ar-Rasul (s.a.w.) dari perjalanan malamnya,
Dia membawa hadiah yang sangat berharga,
Satu hadiah yang boleh mengangkat dan meninggikan martabat manusia,
Ibadah solat dapat mendekat diri dengan Pencipta.

Jangan lupa doa untuk al-Aqsa setiap solat,
kerana ia juga destinasi utama al-Israk wal Mikraj,
Mari berusaha bebaskan Baitulmuqqadis seupaya dapat,
Ia tanggungjawab bersama seluruh umat.

Dipuisikan oleh drK@KuantumHarapan 2017

Saturday, 22 April 2017

Ragam Ibu Bapa di Usia Tua...(puisi santai)

Orang tua di hujung usia
Ramai kata mereka dah senja
Masa muda menabur jasa
Sudah tua menunggu masa

Orang tua bergurau senda
Lepas bergurau mengopi pula
Dulu ibu bapa jaga kita
Tiba giliran anak-anak pula

Orang tua jaga cucu
Cucu dijaga penuh gembira
Ibu bapa berkorban selalu
Dalam hati perlulah tanya

Orang tua rajin ke masjid
Buat menghabis baki usia
Kalau muda ibadah sedikit
Tunggu tua dah pula sakit

Orang tua solat waktu
Solat duduk atas bangku
Luas fekah dapat membantu
Ibadah dimudah selagi mahu

Orang tua makan ubat
Bila makan dah tak ingat
Semakin usia mula meningkat
Tugas anak tolong mengingat

Orang tua jalan-jalan
Tak pandang kiri kanan
Bila usia menuju keemasan
Hormon amat berkurangan

Orang tua mimpi ngeri
Selalu terjaga di malam hari
Tidur sudah tak nyenyak lagi
Solat malam minta ampuni

Orang tua kerap merajuk
Pandangan selalu dianggap ringan
Orang muda perlu merujuk
Dapat nasihat dari pengalaman

Orang tua nak manja-manja
Tapi teman hidup dah tiada
Balaslah jasa ibu dan bapa
Jangan tunggu mereka tiada

Orang tua berkebun bunga
Tak disiram layu belaka
Tengokkan keperluan ibu bapa
Jangan datang jengok saja

Orang tua jalan semput
Walau semput nak ikut juga
Terhadap ibu bapa lemah lembut
Anak berlembut Allah (s.w.t) reda

Orang tua mengada-ada
Sudah mengada cerewet pula
Jagalah ibu bapa yang tua
Kalau sabar balasannya syurga

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :” Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.” [ Riwayat Bukhari]

Nukilan drK@KuantumHarapan, April 2017

Friday, 7 April 2017

Luka di Tangan Nampak Berdarah (pantun)

Burung pipit terbang sekawan,
Turun ke sawah mencari ikan,
Hutang budi kenang-kenangkan,
Jangan selamanya jadi igawan.

Kalau dibiar sawah menyepi,
Lalang tumbuh dengan sendiri,
Kalau tidak ditanam padi,
Masakan dapat hasilnya kini.

Ada padi kurang menjadi,
Walaupun lebat bunga di tangkai,
Terasa penat menabur budi,
Belumpun sempat jasa dituai.

Sawah disembur diracun lagi,
Elak serangga dan juga rumpai,
Ku gantung kelapa cukuplah tinggi,
Boleh juga dikorek tupai.

Tak pandai mengayuh perahu terlajak,
Ketebing undur dengan perlahan,
Pandai bukan bererti bijak,
Salah memetik rosak sedahan.

Biar ribut kiri dan kanan,
Asal lautan berombak jangan,
Maruah bukan mainan rayuan,
Walau tergadai kampung halaman.

Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu,
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa yang tahu.

Bagai kaca terhempas ke lantai,
Sudah terhempas ia berkecai,
Bagai kertas remuk digumpal,
Lepas digumpal retaknya tinggal.

Belum selesai ku tuai padi,
Lalang pula yang tumbuh tinggi,
Ku tanam ubi buat pengganti,
Agar lalang tak tumbuh lagi.

Nakhoda Manis lagenda ngeri,
Berubah membatu di pantai negeri,
Cerita ibarat bagi yang mengerti,
Balasan dosa di akhirat nanti.

Nukilan drK@KuantumHarapan, April 2017

Sunday, 2 April 2017

Kerana Kurang Adab Lebuhraya Jadi Bahaya (puisi#2)

Kita orang timur terkenal dengan budi bahasa,
Santun beradab dan lembut tutur kata,
Tapi atas jalanraya mengapa lain pula ceritanya?
Mungkin berebut nak ke tempat kerja agaknya,
kerana dah lewat kena le kejar masa,
atau hilang adab di jalanraya dah jadi lumrah kita,
Yang bersikap begini bukanlah semua,
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Kalau di highway bergegas tu senario biasa,
Had laju kat highway 110 km sejam saje,
Had laju mana ikut saiz kereta,
Tapi kereta besar banyak bermaharajalela,
Kelajuan mereka jauh melebihi hadnya,
High beam dari jauh untuk halau kita,
Lambat tukar mereka ikut bontot kita,
Di manakah hilangnya adab mereka?
Kalau semua pemandu beradab,
Tak perlu guna AES untuk mengendap.

Lagi pelik ialah kenderaan berat kita,
Had laju kat highway 90 km sejam saje,
Tapi bas dan lori ada yang pecut juga,
Bawa kenderaan berat secara bahaya,
Brek tak makan dah jadi cerita biasa,
Akibatnya berlaku malapetaka,
Penumpang dan kenderaan kecil menjadi mangsa,
Kalau derebar beradab tak perlu speed breaker.

Teramat pelik aksi motor kuasa besar,
Bila mereka berderum kita yang berdebar,
Rasa macam kita nak kena langgar,
Mereka memotong dan selit menyelit,
Aksi mereka mecam lepas gian sikit,
Kamera AES pun tak dapat rakam mereka,
Tengok cermin belakang nampak clear,
Tak semena mena mereka muncul aje,
Tersangat laju macam The Flash punye cerita,
Kawan-kawan kita tak sayang ke nyawa?
Lebuhraya bukan litar lumba,
Elok pasangkan aje motor mereka speed breaker.

Kat highway motor kecil hebat juga,
Di LPT dekat Temerloh tempat memperaga,
Berbaring atas motosikal aksi macam superman,
Ada yang konon macam spiderman,
Adab sudah tiada dalam perkiraan,
Polis kenalah selalu buat rondaan.

Hakikatnya, lebuhraya bukan padang permainan,
Bukan tempat untuk melepaskan gian,
Jangan jadikan pulak macam litar F1,
Pembayar tol pula terancam kecelakaan,
Di mana hilangnya adab kawan-kawan?
Sengaja letak diri dalam keadaan bahaya,
Pening kepala penguatkuasa lebuhraya.

Kalau highway jam mungkin ada kemalangan,
Banyak kereta mula guna lorong kecemasan,
Ini menambah burukkan kesesakan,
Ambulance pun tak dapat gunakan laluan,
Orang cedera tunggu pertolongan tak tiba,
Perbuatan yang sangat tak bertimbang rasa,
Kena saman, ke mahkamah terus le jawabnya.

Pemandu negara-negara maju sangat beradab,
Aku dulu belajar kat US dan ke Jepun aku kerap,
Kenalah kaji, sikap beradab terhasil apa sebab,
Kat Midwest US penguatkuasaan lebuhraya berkesan,
Siapa lebihi had laju kena kejar polis rondaan,
Tak kira kecil atan besar kereta mereka,
Kalau slow sangat pun kena tahan juga,
Memang tak ade le peluang nak berlumba,
Kereta ronda ada menyorok di mana-mana,
Kat Jepun, derebar bas siap berpakaian seragam,
Bawa bas tepat masa dan berdisiplin semacam,
Kalau mereka memandu di negara kita,
Pasti terasa lebuhraya kita tinggi risikonya.

Tak cemburu ke pada pemandu negara maju?
Lebuhraya jadi selamat dan pemanduan bermutu,
Banyak adab dan peraturan yang kita boleh tiru,
Tahap penguatkuasaan mereka juga boleh jadi contoh jitu.

Sabda Nabi (s.a.w.) maksudnya: " Tidak boleh membahayakan orang lain dan tidak boleh membalas bahaya dengan bahaya" (Riwayat ibn Majah)

Nukilan drK@KuantumHarapan, April 2017

Friday, 31 March 2017

Doktor Berbudi Merendah Diri (sempena Hari Doktor pada 30 Mac) (pantun)

Mentari terbit sinar menerangi
Memanas bumi serta menyuburi
Mari mengingat doktor berbudi
Merendah diri menabur bakti

Walau langit ditutupi awan
Mentari tetap memancar sinaran
Pesakit datang penuh harapan
Doktor merawat dalam kesibukan

Langit cerah panasnya terik
Tak sempat rehat bawah teduhan
Hospital penuh dengan pesakit
Tak ada masa merehat badan

Lewat petang mentari terbenam
Malam sebahagian peraturan alam
Doktor tak boleh kerja siang malam
Semua orang hendaklah faham

Esok mentari sedia berulang
Ramai tak rasa mentarikan hilang
Ucap terima kasih tak de peluang
Bila discas bergegas pulang

Mentari pagi amat menyegari
Angin sepoi membisik ke hati
Terima kasih doktor2 keatas bakti
Budi dan jasa tetap dikenangi

Mentari tidak sentiasa tinggi
Tiba malam terbenam sepi
Meninggi diri tidak sekali
Dr dibantu perubatan farmasi

Malam mentari terbenam sepi
Tertunggu pagi baru menyinari
Meninggi diri tidak sekali
Dr perlu peralatan berteknologi

Malam mentari terbenam sepi
Bintang berkelip cantik menghiasi
Berilmu di dada berbudi pekerti
Jasa tuan dr kami kenangi

Bulan menjenguk mentari hilang
Bulan menyorok di hari siang
Jururawat tak ku lupa mengenang
Di pantun lain ku bicara panjang

Nukilan drK@KuantumHarapan, Mac 2017

Tuesday, 28 March 2017

Pelajar Siswazah MSc & PhD Bergelut Cari Ilmu (puisi)

Ijazah lanjutan bagai satu pergelutan
Pelajar-pelajarku buat MSc dan PhD penyelidikan
Mereka mula-mula daftar dengan penuh harapan
Berdebar nak mulakan kerja kesarjanaan

Lepas daftar tak sabar-sabar jumpa penyelia pilihan
Tinggi harapan supaya dibimbing kehadapan
Menuntut ilmu bagai berdepan lautan
Tanpa bimbingan boleh lemas dalam pelayaran

Ilmu yang nak di cari lautan tak bertepi
Kena tahu lokasi mana sesuai diterjuni
Sekali aje selam sudah tentu tak memadai
Berulang kali baru sedikit menerokai

Ijazah lanjutan banyak perlu ditempuhi
Belajar cari "novelti" dan rangka metodogi
"Theoretical framework" mesti difahami
"Problem statement" mesti dikenal pasti

"Research question" memang dah semesti
Hipotesis mesti ada asas mendokongi
Hasil dan diskusi mesti menepati
Kesimpulan berkait objektif diselidiki

Untuk PhD mesti sumbangan bermakna
Penambahan jelas ilmu sedia ada
Ini semua perlukan bimbingan penyelia
Ada yang menangis bila tak faham juga

Justeru siswazah perlulah dedikasi
Sebelum daftar mesti nekad di hati
Tak boleh kalau separuh kaki
Tak boleh asyik ade masaalah peribadi

Kalau siswazah ade keluarga sendiri
Anak yang kecil kena hantar nurseri
Yang besar naik bas sekolah sendiri
Asyik urus anak manalah nak studi

Dalam makmal perlu bantuan serba serbi
Ada benda nak diorder nak dibeli
Sesama pelajar kena tolong menolong
Kerja seorang bole aje jadi bingung

Makmal terbakar nangis dua tiga hari
Lepas tu fikirkan strategi bangun kembali
Dengan izin Allah (s.w.t.) yang patah tumbuh berganti
Tak siapa sangka pelajar-pelajarku berjaya mengatasi

Viva menggeletar satu yang biasa
Bagai nak demam tapi tiada ubatnya
Ambil cuti beberapa hari bersedia
Pembentangan jadi nampak bertenaga

Soalan masa viva mesti dijawab
Penerangan mesti diberi sebab
Jangan diam macam duduk dalam gelap
Penyelia tak boleh tolong jawab

Masa viva mesti tunjuk penuh yakin
Walaupun jiwa menggeletar semakin
Bila berjaya ucapan tahniah dari semua
Jangan lupa sujud syukur kepada-Nya

Ilmu di dada sudah bertambah
Kedudukan dan status sudah berubah
Jangan pulak bertambah megah
Makin berisi makin tunduk merendah

Konvo istiadat gilang gemilang
Gembira siwazah bukan kepalang
Keluarga turut merasa girang
Suatu keraian yang pasti dikenang

Tahniah pelajar-pelajar ku yang berjaya
Tak mampu ku sebut satu persatu nama mereka
Dr Faizah, Dr Misbah, Dr Norazila,  Dr Shabani, Dr Suhadir, Dr Umair dan Dr Rosdiyana
Mereka antara yang mengukir nama

Teruskan cari ilmu sepanjang hayat
Jadi tugas mencurahkan pada umat
Berkhidmat penuh dedikasi setiap saat
Ilmu penyuluh kehidupan yang berkat

Nabi (s.a.w.) bersabda:
“Barang siapa menempuh jalan dalam rangka untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga.” (H.R Muslim)

Nukilan drK@KuantumHarapan, April 2017

Thursday, 23 March 2017

Jalanraya Kita Bahaya Semacam (puisi #1)

Apa dah jadi
jalanraya negara kita ini?
Tiap hari kecelakaan di sana sini,
Ramai yang cacat anggota dan sendi,
Tak kurang juga ada yang mati,
Tentu ade benda yang tak kena,
Apa dah jadi pemandu kita?
Jalanraya antara pembunuh utama.

Aku sendiri dah kena langgar tiga kali,
Kes pertama, kereta berderet dilanggar lori,
Belakang keretaku remok teruk,
Badan sakit sampai ke tengkok.

Kes kedua, Mercedes laju sangat,
Langgar aku kat lampu isyarat,
Drebar kelam kabut nak ke airport,
Bawa laju macam kereta sport.

Ketiga, pakcik tua bawa kereta lama,
Brek tak makan langgar aku di lebuhraya,
Aku pulak jadi penyelamat dia,
Tak semena-mena aku jadi mangsa.

Baru ni kat Bandar Indera Mahkota,
MyVi tembung anak aku punya kereta,
Derebar budak muda punye kerja,
Jalan sehala dia menyonsang pula,
Alhamdulillah anak aku tak apa-apa,
Tapi budak tu berdarah di kepala,
Apa dah jadi pemandu kita?

Remuk sikit mungkin boleh baiki,
Remuk banyak minta takaful ganti,
Badan sakit merana sendiri,
Mati ngeri ramai pulak tangisi.

Tiap kali berlanggar bahaya jiwa,
Jalanraya bukan tempat sabung nyawa,
Yang salahnya sikap pemandu kita,
Adab sopan lesap tiba-tiba,
Penguatkuasaan perlu tingkatkan juga,
Di negara maju tak bahaya macam kita.

Kan agama kita dah ajar kita,
Hidup mesti ikut peraturan,
dan disulami dengan kesabaran,
Tak ikut peraturan bawa bahaya,
Tak sabar pula mengundang celaka,
Bahayakan diri sendiri kan haram,
Bahayakan orang lain sudah tentu haram,
Habis, mengapa jalanraya kita bahaya semacam?

Sabda Nabi (s.a.w.) maksudnya: " Tidak boleh membahayakan orang lain dan tidak boleh membalas bahaya dengan bahaya" (Riwayat ibn Majah)

Nukilan drK@KuantumHarapan, Mac 2017

Wednesday, 8 March 2017

Hebatnya Wanita (Sempena Hari Wanita Sedunia) (puisi)

Hari ini sangat istimewa
Hari Wanita seluruh dunia
Wanita bukan perhiasan semata
Wanita jati sandaran negara

Hebatnya wanita dalam keluarga
Sempurnakan agama suaminya
Sentiasa jadi sahabat setia
Kepada anak ibu berjasa

Tanpa mereka tak berasap dapur kita
Makan anak-anak mereka sedia
Cuci pinggan dan periuk belanga
Gosok baju mereka buat juga

Kepada ibu bapa penyejuk mata
Sakit tua mereka yang jaga
Sentuhan mereka kita gembira
Wanita teras keluarga bahagia

Hebatnya wanita yang berkerjaya
Kepada rakan sekerja pesaing utama
Mereka buktikan setanding jejaka
Tidak maju jabatan tanpa mereka

Wanita berkerjaya banyak cabarannya
Balik rumah uruskan keluarga pula
Suami-suami bantulah mereka
Kat rumah jangan goyang kaki aje

Wanita manusia macam kita juga
Anak-anak jangan jadi raja
Bos kat pejabat perlu timbangkan
Wanita bukan kuda tunggangan

Wanita beriman martabatnya tinggi
Memelihara akhlak dia dihormati
Membela agama dia serikandi
Menegak negara dia tiang seri

Firman Allah (s.w.t.):
"Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun". (An-Nisa 124)

Nukilan drK@KuantumHarapan 2018

Friday, 17 February 2017

Sahabatku Che Mat Dalam Kenangan (puisi & pantun)

Bila menziarah tanah pusara,
Berikan salam pada ahlinya,
Sahabatku kembali pada Pencipta,
Hemah dan budi dikenang jua.

Tanam pokok dekat kuburan,
Jangan lupa pokok kemboja,
Sahabatku sentiasa dalam ingatan,
Tinggi cintanya pada agama.

Hantar jenazah sampai pusara,
Terasa dunia amatlah fana,
Sahabat pergi tidak diduga,
Peringatan buat kita semua.

Bahtera sudah belayar pergi,
Layarnya lebar terjulang tinggi,
Sahabatku pergi takkan kembali,
Semasa hayat rajin berbudi.

Bahtera belayar bawa bekalan,
Mengharung ombak lautan gelora,
Sahabat pergi penuh kenangan,
Sentiasa berusaha tegakkan agama.

Bahtera tetap belayar jua,
Merentas lautan ke destinasinya,
Sahabat pergi tidak disangka,
Peringatan supaya sentiasa bersedia.

Firman Allah swt (maksudnya): "Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, ... "(al Quran, An Nisaa : 78)


Nukilan drK@KuantumHarapan, Feb 2017


Wednesday, 8 February 2017

Islam, The Religion of Peace, is Being Hijacked (poem)

Hitherto the world has witnessed several bombings,
including hostage-taking and mass shootings,
carried out by terrorists and extremists,
Scores of innocent people were victims,
The attack on New York twin towers on September 9th, 2001 was indeed tragic,
Elsewhere in US and in Europe shootings and killings created chaos and panic.

June 5th, 2017, was the latest attack,
This time in London, innocent victims became target,
Islam, the religion of peace, was again blamed,
The attackers have 'hijacked' the religion without shame.
As if human life has no value or dignity,
and between humans there is no mercy.

But many may be plainly surprised,
that Quran declares very high value of human life,
whether it's life of a Muslim or otherwise.
The Quran forbids to take even one life unjustly, 
The gravity of such equals the annihilation of all humanity.

"...if any one killed a person it would be as if he killed the entire humanity,
and if any one saved a life it would be as if he saved the life of the entire humanity..."( 5:32 )

After every attack, muslim goverments and organizations have strongly condemned,
Those perpetrators should face justice and be banned,
The actions of the few fanatics who happen to be Muslims and have Muslim names,
cannot be reason why Islam should be blamed,
Ironically, Hitler and Joseph Stalin killed and starved millions,
Still we don't jump to conclusion and blame their religion,
Simillarly for the same logical reason,
Islam should not be blamed for any individual's misguided actions,
Western media did not label Hitler and Stalin as religious extremists,
why then were they quick to label the attackers as "Jihadists" and "Islamists"?

In Islam not only is human life sacred,
but their property, wealth, family respected,
and dignity of all individuals are to be protected,

The Prophet said in his farewell sermon: "..Verily, Allah the Exalted has made sacred your lives, your wealth, and your honor except by right of justice, just as your day, your city, and your month are sacred.." (Sahih Bukhari)

Even in times of war and conflict where there is enmity,
Islam still commands that justice be upheld with utmost morality.

"O ye who believe! stand out firmly for Allah, as witnesses to fair dealing, and let not the hatred of others to you make you swerve to wrong and depart from justice. Be just: that is next to piety: and fear Allah. For Allah is well-acquainted with all that ye do" (5:8)

Islam has no hand in the massive killings in modern human history,
where the story of wars was only about misery,
The First World War recorded 17 million dead,
During the Second World War over 60 million died,
The war in Vietnam recorded over 3 million dead,
During the Korean War 2.5 million Koreans died,
The genocide in Cambodia recorded 2 to 3 million people dead,
None of these were caused by Muslims from any country,
How can then Islam suddenly become a problem for humanity?

Muslims are bound by a divine code of conduct of the highest morality,
The Quran and Prophet Muhammad forbid the killing of women, children and the elderly,
At the heart of the Islamic call was the act of mercy,
“We sent thee (O Muhammad) not save as a mercy for the whole world” (21:107);
a totally different message to what western media has perpetuated,
as in Islam human life is sacred and protected.

Poetized by drK@KuantumHarapan, Feb 2017

Monday, 6 February 2017

Hikmah Ibadah Haji di Tanah Suci (puisi)

Labbaika Allahumma labbaika,
Labbaika la syarika laka labbaika.
(Ya Allah,
aku datang karena panggilanMu.
Tiada sekutu bagiMu)

Innal hamda wanni’mata laka wal mulka,
laa syarika laka.
(Segala ni’mat dan puji
kepunyaanMu dan kekuasaanMu.
Tiada sekutu bagiMu)

Bakal Haji dan Hajjah tetamu Allah
Himpunan tahunan terbesar di Mekah
Kepada Allah dizahir ketundukan
Kepada-Nya dibukti pengorbanan

Yang terpilih panjat kesyukuran
Yang menunggu sama doakan
Ibadah haji perlu kesabaran
Sepanjang jalan penuh ujian

Persediaan sudah sekian bulan
Anak-anak jenuh dipesan
Sebaik bekalan ialah ketaqwaan
Sepanjang jalan banyak cobaan

Menyahut seruan musafir pergi
Kepulangan haji sentiasa dinanti
Moga yang tinggal dipelihara Illahi
Mohon yang pergi selamat kembali

Haji imbasan peristiwa kenabian
Nabi Ibrahim (a.s.) diperintah Tuhan
Kaabah dibina untuk peribadahan
Himpunan besar tiada tandingan

Haji Mabrur hasrat di hati
Larangan haji jangan sekali
Jaga lidah, jasad dan hati
Terampun bersih umpama bayi

Haji tersirat bermacam hikmah
Kembara rohani pelbagai bangsa
Dari segenap pelusuk dunia
Penyubur umat berjiwa agama

Haji terdiri rukun dan wajibnya
Perlu dipelajari agar sempurna
Petanda penting ilmu di dada
Umat berilmu maju di dunia

Mekah, Arafah, Muzdalifah dan Mina
Tempat umat beribadah bersama
Haji bukan hak satu bangsa
Pelbagai bangsa mengerjakannya

Tiada beza tuan atau kerani
Kaya dan miskin sama lalui
Bersatu beribadat pamir solidariti
Pangkat dan darjat letak ditepi

Ibadah wukuf gambaran Mahsyar
Mahsyar sebenar di akhirat jua
Korban mengajar keredaan dikejar
Mujahadah perkasa iman di dada


Firman Allah swt:

فِيهِ ءَايَٰتٌۢ بَيِّنَٰتٌۭ مَّقَامُ إِبْرَٰهِيمَ ۖ وَمَن دَخَلَهُۥ كَانَ ءَامِنًۭا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلْبَيْتِ مَنِ ٱسْتَطَا عَ إِلَيْهِ سَبِيلًۭا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِ نَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ عَنِ ٱلْعَٰلَمِينَ

“Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”. (Quran, Surah Ali Imran: 97).


Firman Allah swt:

…..وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَاأُوْلِي اْلأَلْبَا

Artinya: “…..Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa, dan bertaqwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal”. (Quran, Surah Al-Baqarah ayat 197).

Nukilan drK@KuantumHarapan, Sept 2016

Wednesday, 1 February 2017

RASUAH SATU JENAYAH (pantun)

Mudik sungai pergi ke kota
Pasang surut mengikut masa
Kita hidup biar sederhana
Ramai pula hidup bergaya

Kalau hanya mampu berakit
Jangan bahtera pula dipilih
Kalau biasa cukup berdikit
Jangan pula belanja berlebih

Kalau bernakhoda kesana kemari
Mana bekalan nak mencukupi
Tamak haloba menjadi-jadi
Duit haram tak kisah lagi

Ukur dayung di sampan sendiri
Bukan ukur di lancang gergasi
Kerbau mengamuk boleh dikandang
Manusia tamak pandai merancang

Kayuh sampan berhati-hati
Terumbu karang terlanggar nanti
Fikir dahulu sebelum transaksi
Kalau terjebak tak guna sesali

Kalau bocor sampan dibiar
Cukup masa tenggelam belaka
Kalau dibenar rasuah berakar
Negara tergadai sengsara semua

Susah mendayung di dalam gelap
Sadaikan sampan menunggu pagi
Dulu mencuri di dalam gelap
Sekarang merasuah di siang hari

Sepandai-pandai tupai melompat
Kelak jatuh ke tanah juga
Lapur rasuah ke SPRM cepat
Cukup bukti tertangkap juga

Kalau pandai mengawal tupai
Terhindar rosak buah sepokok
SPRM mesti gigih dan pandai
Jangan tertipu di dalam pujuk

Kayuh sampan jauh ketengah
Kail jerung dan ikan kelah
Semua rasuah kena ditegah
Jangan pilih hanya yang lemah

Sampan bocor segera baiki
Boleh terus tuju destinasi
Kalau semua bersikap rabbani
Wabak rasuah tidak menjadi

Pantas berkayuh tuju destinasi
Muara tenang mudah ditempuhi
Bila rasuah dapat diatasi
Negara maju rezeki melimpahi

Firman Allah: (maksudnya)
“Dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, ayat 188)

Nukilan drK@KuantumHarapan, 2016

Pautan lain (Other links):
The Cash King
Kleptokrasi Tumbang, Pencuri Lintang-Pukang
Kerana Pengampu Ramai Tertipu

Sunday, 29 January 2017

USHERING IN THE 2018 (Gregorian) NEW YEAR (poem)

Every year,
January 1st marks the beginning of a New Year,
according to the Gregorian calendar,
During the night of New Year's Eve,
people across the world turn festive,
dazzled by entertainment, fireworks and other surprises,
throughout the night till the morning sun rises,
ushering the New Year with celebrations of many faces,
Many Muslims around the globe are not exception,
as they also join in some form of New Year celebration.

In the Muslim world celebrations are usually mild,
but in the West they are rather wild,
A different reality is seen in most Western cities,
where massive party jammed the streets,
and live entertainment greets,
with prevalent free mixing between sexes,
where youngsters got drunk at roadsides and pubs,
and celebrations which often turned vicious,
as drunken revellers lost their senses,
From London to New York and other places,
Including some German cities where sexual assult was numerous,
During New Year's Eve crime was indeed the highest,
Many of these are incompatible with Islamic teachings,
and are against Islamic dignity and moral preachings,
So Muslims must not be carried away during celebrations,
Activities that are not permissible are non inclusions.

While we delightfully usher in the new year,
part of the Ummah that requires our sympathy we must remember,
the mass eviction and murder in Syria,
the imprisonment of the people of Gaza,
the ethnic cleansing of Rohingya,
the seizure of Palestine and capture of al-Aqsa,
“How can I smile when I know that Masjid Al Aqsa is being defiled says Salahuddin Ayyubi,
Indeed the lack of empathy is a tragedy,
for the Prophet (pbuh) always wanted the Ummah to be like one body,
Celebrating the New Year in a highly festive manner only shows huge lack of sympathy,
So let's focus our time and energy,
what is more when many Muslim countries are poor and under developed,
and many Muslims remain uneducated.

Eventhough many Muslims use the Gregorian calendar,
we Muslims also have our own Hijrah calendar,
which has been in use for more than 1400 years,
On every 1st of the month of Muharram our new year commences,
But even for our own Muslim New Year we don't actually celebrate,
Instead we mostly only commemorate,
For only the two major Eids Muslims are enjoined to celebrate.

Islam (as I understood) ordains Muslims to treat others kindly,
to all people be peaceful and friendly,
But Islam also tells Muslims to protect ad-Deen and their Muslim identity,
and not to imitate Western culture freely,
Muslims may use the Gregorian calender if they need to,
and convey their friends a simple New Year wish if they want to,
but be wary as to it Western culture is intertwined,
Western style celebrations should be avoided,
as the Islamic identity must be protected,
and Muslim morality and dignity safely guarded.

Wishing everyone a peaceful and blessed New Year 2018.

Poetized by drK@KuantumHarapan, updated Jan 2018

PERGINYA SEORANG KETUA MENTERI (pantun)

Mari menyanyi lagu yang sepi,
Lagu Melayu berirama sunyi,
Kembali ke ramatullah Ketua Menteri,
Pembela rakyat penduduk negeri.

Jangan menari di waktu ini,
Tarian gemalai tak mengubat hati,
Kembali ke ramatullah pembela negeri,
Teruskan legasi kukuhkan integrasi.

Nukilan drK@KuantumHarapan, Jan 2017

JALAN-JALAN CARI MAKAN KE UTARA (puisi)

Ku berkereta ke negeri paling utara,
Cari Nasi Ganja dan kawan lama,
Di Kuala Perlis ada Laksa Kola,
Dekat Sena pula ada Nasi Ganja.

Singgah dulu di Seberang Perai,
Kandar Jamal Mohd ku pekena,
Sedap teramat Pelita di Prai,
Tapi tak sama Nasi Ganja di Sena.

Sampai Kuala Perlis ku hirup laksa,
Kempunan macam bertahun tak rasa,
Lepas subuh bergegas ke Medan Sena,
Pak Sheikh pagi-pagi sudah buka.

Ku makan tengahari di Anjung Keli,
Depa goreng keli amat rangup sekali,
Ku tengok Sains Perlis kot pagar tepi,
Nostalgia di hati rasa tidak terperi.

Ke Wang Kelian ku ada rancang,
Ngopi Kopitok belum ku sempat,
Kalau ada umur yang panjang,
Ku jengok Perlis selagi dapat.

Ku tepuk dada ku tanye iman,
Iman di dada kena buktikan,
Tujuan hidup bukan untuk makan,
Sekadar menikmati kurniaan Tuhan.

Nukilan drK@KuantumHarapan, Dis 2016

ULANG TAHUN HARI LAHIRKU KE 55 PENUH MAKNA (puisi)

Beberapa bulan lepas  ada hari yang agak istimewa,
Dengan izinNya aku mencapai usia 55,
Aku ambil peluang untuk menyatakan kesyukuran,
dan untuk mengenang nikmat Tuhan,
di sepanjang perjalanan kehidupan,
Syukur padaNya kerana umurku masih ada,
Sudah agak jauh perjalanan hidupku sejak lahir ke dunia,
Dapatku menadah pelbagai nikmat dari Pencipta,
Syukur atas peluang yang diberi oleh Allah Maha Kuasa

Aku terima hakikat bahwa hidup ini cobaan,
untuk membuktikan iman dan ketaatan,
dan perjuangan menentang godaan,
Di usia ini ku harap diterima segala amalan,
Pengembaraan hidupku tak kesepian dari kesalahan dan kesilapan,
kerana aku hanya manusia biasa,
Tapi aku yakin Tuhanku Maha Pengampun segala dosa.

Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana,
di Bagan Datoh pekan tercinta,
Kepada ayah dan ibu aku berhutang kejayaan,
Ayahku guru suka fikir pasal pendidikan,
Kejayaan anak2 sentiasa mereka rancangkan,
Aku berketurunan Pulau Pinang bercampur Bugis dan Jawa,
Keturunan apa pun kita tetap bangsa serumpun,
Pendidikan awal di SRJK Sungai Sumun,
Sekolah menengahku di Sains Perlis,
Ketika teringat kampung ada kala aku menangis,
Habis SPM  aku dihantar ke Amerika,
Tahun 1985 aku pulang ke Malaysia,
Mula kerja untuk menyara keluarga,
Serta membalas jasa ibu bapa dan rakyat Malaysia,
Kepada mereka aku terhutang selamanya,
Pada Allah swt jua terlaksana takdirNya.

Kini aku menua di umur yang baru,
Ujian hidup akan terus memburu,
Tambah hampir aku ke penghujung usia,
Telahku lalui pelbagai peristiwa,
mengharungi kala gembira dan derita,
Ujian Allah sentiasa aku redha,
Mewarnai hidup sehingga akhirnya.

Sungguh Allah swt Maha Kaya, di atas segala kurniaNya;

Di kala aku tercari2 matlamat dan tujuan,
Engkau pertemukan aku dengan insan2 beriman,
yang mengajar Islam satu sistem kehidupan,
Baru ku sedar Islam merangkumi dunia dan keakhiratan.

Di kala aku terasa kekosongan dan kesunyian,
Engkau berikan aku teman hidup pengubat kesepian,
Dapatku mengasihi dan dikasihi keluarga,
Hidupku tidak ketandusan curahan kasih sayang mereka.

Di kala aku tiada pekerjaan,
Aku terus dipanggil kursus perguruan,
Rezeki untuk anak2 yang jadi tanggungan,
Kemudian Engkau datangkan jalan kehadapan,
Sekarang giliranku menghulur pada yang memerlukan.

Di kala aku berada di persimpangan,
Engkau pertemukan aku dengan ilmuan yang menunjukkan jalan,
Hingga aku bertapak di dunia ilmu,
Berkarya dan menyelidik hasil yang ditemu.

Di kala aku teruja dan terlalai,
Dalam kesenangan dan kenikmatan,
Hatiku banyak tertawa dan terbuai,
dari menangis dalam ketawadukan,
Engkau anugerahku anak yang keistimewaan,
Kurniaan Mu sebagai  peringatan,
Baruku sedar dunia ini bukan untuk berleka lekaan.

Syukur pada Allah dan banyak2 terima kasih aku rakamkan;
kepada keluargaku yang banyak memberi sokongan,
dan guru-guruku yang banyak berkorban,
dan teman-temanku yang terus memberi dorongan,
serta kawan-kawan yang berkongsi kegembiraan,
walaupun adakalanya timbul perbezaan,
dan pelajar-pelajarku yang meniti kesabaran,
Terima kasih kerana kehadiran dalam hidupku,
walaupun ada teman-teman yang hanya dalam talian,
Sudi berkawan hingga ke hujung kehidupan,
Entah bilakah tiba, hari kita akan berpisah jua,
Maafkan aku atas segala kekurangan,
Kenangan bersama sentiasa jadi ingatan.

Nukilan drK@KuantumHarapan, Nov 2016

THE WOMEN’S BOAT TO GAZA (poem)

It's about the boat to Gaza,
Thirteen women on board Zaytouna-Oliva,
Part of the bigger Freedom Flotilla,
Highlighting illegal blockade of Gaza

All delegates and crew were women,
Lead by Nobel Laureate from Northern Ireland,
In doing so they hope to raise concern,
Isreal's disregard of UN Resolution,
Mission is to highlight the oppression,
Giving Gaza the needed media attention,
Isreal's ongoing illegal blockade,
International Law which Israel continue to violate.

Remember in 2010 Mavi Marmara have tried,
But ten non-violent activists have died,
Shot by Israeli Navy with guns brandished,
The Illegal act still go unpunished,
The Zaytouna-Oliva boat was detoured,
The women captured and deported.

But what happenned to Oliva and Marmara was nothing,
Compared to daily violence Gaza is experiencing,
We have been guilty watching,
The captivity of 1.9 million Palestinian,
Extreme injustice to men, women and children,
All caged in the world's largest prison,
Without the much needed provision.

Homes, schools and hospitals have been destroyed,
97% of water can no longer be enjoyed,
Electricity supply is very limited,
Conditions are bad and depleted,
UN predicted Gaza by 2020 uninhabited.

The Flotilla seeks to bring hope and solidarity,
To the besieged Palestinian territory and city,
The brutal siege must be lifted immediately,
Freedom Flotilla must continue to sail until Palestine is free.

Poetized by drK@KuantumHarapan, Oct 2016

SELAMAT HARI MALAYSIA (puisi)

16 September Hari Malaysia
1963 terbentuk negara tercinta
Sabah, Sarawak bersama Malaya
Kekal membentuk satu negara

Hujan emas negeri orang
Hujan batu negeri sendiri
Indah khabar negeri seberang
Baik lagi negara sendiri

Di mana tempat bumi dipijak
Di situ harus langit di junjung
Cinta negara suburkan semerbak
Musuh negara sama membendung

Negara bangsa bersatu padu
Wilayah dan etnik terintegrasi
Bangsa Malaysia sejahtera selalu
Masa hadapan sama dikongsi

Walau terpisah seberang lautan
Sabah dan Sarawak seiring jalan
Kerana geografi kita berjauhan
Atas muafakat rasa berdekatan

Timur dan Barat sama berhubung
Kepelbagaian budaya dapat dipergiat
Integrasi terbina dengan Semenanjung
Malaysia terbuka sekalian rakyat

Kita mengharung hidup bersama
Hak dan keadilan sama serata
Mari perkukuh Bangsa Malaysia
Ketinggian cinta pada negara

Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Warga negara terus beruntung
Selagi semua kekal sepakat

Walau tinggi kelapa di gantung
Ada saja tupai berkunjung
Perjanjian sesama harus dijunjung
Ancaman negara sama dibendung

Negara mesti kejar kecemerlangan
Cepat sedari segala kemungkinan
Jangan minda terkongkong zaman
Tangkas hadapi segala rintangan

Ekonomi perlu daya ketahanan
Mampu berdepan dengan persaingan
Pengagihan kekayaan mesti saksama
Baru kemajuan dinikmati bersama

Duduk biar sama rendah
Berdiri biar sama tinggi
Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama dicecahi

Suku dan bangsa maju serata
Timur dan Barat bangun bersama
Tiada tersemat rasa curiga
Aman makmur Malaysia tercinta

Firman Allah (s.w.t.):
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (itu) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi..." [Surah Al-A’raf/7:96].

Sabda Nabi (s.a.w.):
 “Wahai Allah, jadikan kami mencintai Madinah, seperti kami mencintai Makkah atau lebih dari mencintai Makkah.” (Shahih Al Bukhari)


Nukilan drK@KuantumHarapan, Sept 2016