Mentari terbit sinar menerangi
Memanas bumi serta menyuburi
Mari mengingat doktor berbudi
Merendah diri menabur bakti
Walau langit ditutupi awan
Mentari tetap memancar sinaran
Pesakit datang penuh harapan
Doktor merawat dalam kesibukan
Langit cerah panasnya terik
Tak sempat rehat bawah teduhan
Hospital penuh dengan pesakit
Tak ada masa merehat badan
Lewat petang mentari terbenam
Malam sebahagian peraturan alam
Doktor tak boleh kerja siang malam
Semua orang hendaklah faham
Esok mentari sedia berulang
Ramai tak rasa mentarikan hilang
Ucap terima kasih tak de peluang
Bila discas bergegas pulang
Mentari pagi amat menyegari
Angin sepoi membisik ke hati
Terima kasih doktor2 keatas bakti
Budi dan jasa tetap dikenangi
Mentari tidak sentiasa tinggi
Tiba malam terbenam sepi
Meninggi diri tidak sekali
Dr dibantu perubatan farmasi
Malam mentari terbenam sepi
Tertunggu pagi baru menyinari
Meninggi diri tidak sekali
Dr perlu peralatan berteknologi
Malam mentari terbenam sepi
Bintang berkelip cantik menghiasi
Berilmu di dada berbudi pekerti
Jasa tuan dr kami kenangi
Bulan menjenguk mentari hilang
Bulan menyorok di hari siang
Jururawat tak ku lupa mengenang
Di pantun lain ku bicara panjang
Nukilan drK@KuantumHarapan, Mac 2017
Aku bukan seorang doktor perubatan,
ReplyDeleteTapi aku pernah masuk wad untuk rawatan,
Anak bongsuku pernah masuk wad tiga bulan,
Doktor-doktor Hopital Pediatrik berusaha selamatkan,
Alhamdulillah, dia kini sudah berusia dua puluhan.
Minggu lepas anak lelakiku pula kena demam denggi,
Doktor-doktor Hospital Selayanglah yang merawati,
Mereka aku lihat sangat dedikasi,
Puisi ku gubah sebagai ganti diri,
Terima kasih tak terhingga kepada doktor-doktor kita,
Ramai yang tidak pun aku kenali mereka.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete