ibu kita yang banyak berjasa
Keberhutangan kita kepadanya
jangan ada anak yang lupa
Mengandung dalam kepayahan
melahirkan penuh kesakitan
Tidur malam ibu tak lena
menyusu anak terpejam mata
Anak kecil apabila sakit
risau ibu bukan sedikit
Bawa ke klinik dapat ubat
di rumah jadi jururawat
Anak kecil mula merangkak
tak kenal bahaya ke tidak
Ibulah jadi penjaga pulak
sambil mengemas dan masak
Anak kecil susah nak lena
tangan ibulah membuainya
Sambil menyanyi lagu merdu
itu antara pengorbanan ibu
Anak ke sekolah nak makan
ibu bangun sediakan sarapan
Ibu masak bermacam masakan
pulang sekolah ibu hidangkan
Bila anak sudah dewasa
sudah jadi orang berjaya
anak jangan tak ingat jasa
kongsi ibu kejayaan kita
Ingatlah wahai anak
ke atas kita ibu ada hak
Apabila ibu sudah tua
peluang anak untuk berjasa
Ibu tua jangan pinggirkan
kalau abaikan berdosa kita
Peluang tebus kesilapan
selagi ibu masih ada.
Firman Allah (s.w.t.) yang maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan."
(Al-Ahqaaf 46:15) |Nukilan drK@KuantumHarapan, versi Mei 2019
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/789-11
ReplyDelete