Tahun baru
detik ditunggu
Tahun 2019
dibiar berlalu
Tiba 2020
teruja sangat
Ada usia
syukur sempat
Tahun baru
cabaran berganda
Banyak perkara
belum terdaya
Negara maju
belum kesampaian
Wawasan 2020
tinggal kenangan
Ketirisan
jadi punca
Kerakusan
bawa bencana
Salah orang
boleh dicari
Salah sendiri
sukar akui
Malaysia Baru
bagai mimpi
Banyak isu
perlu tangani
Antara bangsa
masih prasangka
Ekonomi pula
berbeza ketara
Institusi masih
belum perkasa
Kuasa boleh
disalah guna
Burung tekukur
tanding suara
Murai di rimba
dibaham serigala
Orang besar
berebut kuasa
Rakyat jelata
terbiar derita
Burung kenari
berkicau selalu
Raja udang
di tebing hulu
Untuk negara
terus maju
Banyak perubahan
masih perlu
Raikan kesamaan
Ketepikan perbezaan
Kita maju kehadapan
dengan penuh keinsanan
Nukilan drK@KuantumHarapan, versi Dis. 2020
Rujukan lanjut:
ReplyDeletehttp://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/634-irsyad-al-fatwa-ke-97-hukum-menyambut-tahun-baru-masihi