Saturday, 31 August 2019

Cabaran Tahun Baru Hijrah (puisi Ma'al Hijrah 1441)

Awal Muharram menjelma lagi
peristiwa Hijrah kita ingati
Hijrah Nabi (s.a.w) satu teladan
ianya perihal pengorbanan

Saban tahun sambut Hijrah
kekuatan umat tak bertambah
Umat berdepan pelbagai tanggapan
perlu kita cari jawapan

Orang fobia terhadap Islam
kena betulkan salah faham
Sebarkan kasih sayang
Henti kebencian sembarang

Keadilan antara tonggak Syariat
kena sama bantu pertingkat
Terpakai untuk semua rakyat
walau yang salah itu kerabat

Sikap tak endah rasuah
kena perbetul dengan akidah
Kalau akhlaq dah pincang
Umat lain tidak pandang

Penguasaan Sains & Teknologi
Umat Islam bukan termaju
Ciptaan moden Timur dan Barat
Umat Islam tak sumbang sangat

Inilah hakikat...

Semangat hijrah suruh berubah
Kita hanya banyak berbantah

Nukilan drK@KuantumHarapan, 1hb September 2019

Friday, 30 August 2019

Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih  (Puisi Sambutan Merdeka ke 62)

Laungan Merdeka bergema lagi
Sejarah dulu kita ingati
jadi asas Malaysia harmoni
Kita sayangi negara ini

Merdeka dulu tentang penjajah
berjuang dengan penuh gagah
British serah bukannya mudah
Jalur gemilang berkibar megah

Maruah negara kini dipulih
Sama pastikan Malaysia Bersih
Demokrasi perlu terus perkukuh
Instituisi negara kena perteguh

Pelbagai bangsa sama bersatu
bawah tema Sayangi Malaysiaku
Kuasa rakyat jadi penentu
pastikan Malaysia betul hala tuju

Nukilan drK@KuantumHarapan, 31 hb Ogos 2019

Saturday, 10 August 2019

Wukuf di Padang Arafah

Padang Arafah
daerah terdedah
di timur Makkah
berkumpul tetamu Allah

Wukuf di Arafah
pada 9 Zulhijjah
Cuaca panas sangat
tak selesa teramat

Untung yang munajat
walau hawa hangat
Untuk yang berhajat
walau berdoa sesaat

Wukuf satu peringatan
supaya kita sedar
kelak masa kegawatan
di Padang Mahsyar

Dihimpun semua manusia
tanpa mengira bangsa
tak kira kedudukan
untuk hadapi pengadilan

Sekian, selamat Hari Raya Eidul Adha untuk semua dan selamat menjalankan ibadah qurban.

Nukilan drK@KuantumHarapan, Ogos 2019