Friday, 17 May 2019

Jururawat Pekerjaan Mulia (puisi padat sempena Hari Jururawat)

Hebatnya jururawat
Kerja mereka berat
Rajin sangat-sangat
Senyum tak buat-buat

Rajin jururawat
tinggi semangat
Cakapnya lembut
kerja tak kalut

Khidmatnya cepat
jaga seluruh wad
Senyumannya ubat
pesakit rasa sihat

Kerja jururawat
amatlah menduga
Jiwa tersemat
kesabaran luar biasa

Sanggup rawat
yang cedera dan parah
Sanggup lihat
mayat dan darah

Jururawat muslimah
patuh pula syariat
cantik bertambah
kemas tutup aurat

Jururawat sihat
pesakit sembuh cepat
Jururawat penat sangat
perlu cukup rehat

Jadikan kerja
sebagai ibadat
Niat di dada
keikhlasan tersemat

Bukan kerja
untuk gaji semata
Di akhirat nanti
ganjaran menanti

Doakan jururawat
teruskan berkhidmat
Hidup mereka berkat
di dunia dan akhirat

Terima kasih, semua jururawat!

No comments:

Post a Comment