Wednesday, 29 May 2019

Jangan Tinggalkan Ramadhan (puisi akhir Ramadhan)

Ramadhan
belum pergi
Jangan pula kita
yang lari

Ramadhan
belum tiada
Jangan pula kita
tinggalkan-nya

Ramadhan
masih ada
Jangan hanya
sibuk nak raya

Ramadhan
belum pergi
Jangan jadi
tak peduli

Ramadhan
masih bersama
Cepat ibadat
semampu dapat

Ramadhan
masih ada
Sempat munajat
segala hajat

Ramadhan
masih bersama
Pintu syurga
masih terbuka

Ramadhan
hanya sementara
Ingat taubat
dosa dibuat

Ramadhan
bila tiada
Pasti kempunan
untuk bersua

Ramadhan
bila pergi
Tak pasti
dapat bertemu lagi

Selamat Hari Raya dan maaf, zahir & batin.

Nukilan drK@KuantumHarapan, Jun 2019

1 comment:

  1. Nabi SAW bersabda : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas." (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    ReplyDelete