Gerhana bulan amat menakjubkan
Bukan sebab suatu kecelakaan
Bayang bumi menutupi bulan
Adanya Pencipta mengatur gerakan
Gerhana bulan satu aturan
Berlaku tepat mengikut ketentuan
Jasad samawi di orbit sendiri
Tiga jasad sejajar posisi
Gerhana diperlihat kepada semua
Kejadian bukan perkara sia-sia
Jelas nyata keagungan Pencipta
Allah berkuasa atas segalanya
Gerhana bukan kejadian sia-sia
Ia antara tanda aturan Pencipta
Tiada kacau bilau angkasa raya
Alam ditadbir Tuhan Yang Esa
Kehendak Allah berlaku gerhana
Tak dapat ia dihalang sesiapa
Orang berfikir mereka memahami
Orang berzikir mereka menginsafi
Nukilan drK@KuantumHarapan, 31Januari 2018
"Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Maka apabila kamu melihat gerhana itu lalu berdoalah kamu kepada Allah Ta'ala, serta berzikir, bersembahyang dan bersedekah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
ReplyDelete