Saturday, 31 August 2019

Cabaran Tahun Baru Hijrah (puisi Ma'al Hijrah 1441)

Awal Muharram menjelma lagi
peristiwa Hijrah kita ingati
Hijrah Nabi (s.a.w) satu teladan
ianya perihal pengorbanan

Saban tahun sambut Hijrah
kekuatan umat tak bertambah
Umat berdepan pelbagai tanggapan
perlu kita cari jawapan

Orang fobia terhadap Islam
kena betulkan salah faham
Sebarkan kasih sayang
Henti kebencian sembarang

Keadilan antara tonggak Syariat
kena sama bantu pertingkat
Terpakai untuk semua rakyat
walau yang salah itu kerabat

Sikap tak endah rasuah
kena perbetul dengan akidah
Kalau akhlaq dah pincang
Umat lain tidak pandang

Penguasaan Sains & Teknologi
Umat Islam bukan termaju
Ciptaan moden Timur dan Barat
Umat Islam tak sumbang sangat

Inilah hakikat...

Semangat hijrah suruh berubah
Kita hanya banyak berbantah

Nukilan drK@KuantumHarapan, 1hb September 2019

No comments:

Post a Comment