Peristiwa Nuzul al-Quran
bawa mesej ketauhidan
Tak terpisah dari Ramadhan
Mercu tanda keimanan
al-Quran boleh diibarat
sebagai peta kehidupan
Jika tak ingin tersesat
jadikan al-Quran panduan
Segala hal yang perlu
untuk perjalanan hidup
semua sudah diwahyu
lengkap dan cukup
al-Quran beri jawapan
asal kejadian insan
al-Quran beri penjelasan
tujuan penciptaan
al-Quran beri panduan
Syariat dan kemanusiaan
al-Quran beri penjelasan
negara dan keadilan
al-Quran beri jawapan
pelbagai persoalan
al-Quran adalah kebenaran
risalah kesinambungan
al-Quran bagi cabaran(*)
tiada yang mampu lawan
al-Quran sangat menakjubkan
Bahasanya tiada tandingan
Fakta sains menghairankan
Tepat pula segala ramalan
Kesan al-Quran diminda
bukan terhenti dijiwa
Perlu taddabur makna
bukan sekadar baca
Kalau diabaikan makna
terlindung maksud ayat
tak dapat korek mutiara
tak tahu yang tersurat
Bahasa bukan alasan
kesulitan memahamkan
Isi kandungan al-Quran
sudah ada terjemahan
Minda faham al-Quran
terhasil insan rabbani
al-Quran jadi pegangan
hidup penuh integriti
Minda faham al-Quran
terhasil jiwa kesedaran
Lahir insan perjuangan
membina masa depan
Allah SWT berfirman:
"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar."
(QS. Sad 38: Ayat 29)
Nukilan drK@KuantumHarapan, Mei 2019
*Nota kaki:
Surah Hud, Ayat 13
Surah Yunus, Ayat 38
Surah Al-Baqarah, Ayat 23
Salam,tuan...Mohan kebenaran guna puisi ini untuk saya deklamasikan?bolehkah tuan?
ReplyDeleteSilakan tuan. Maaf lambat respond
Delete